eleanour albar

Wednesday, December 25, 2013

eleanour albar baru lahir


ape lah abah ni

dah sebulan baru nak udapte pasal anak dia. hehe

ya,
tarikh keramat 25 haribulan November 2013,
bukan sahaja menetapkan umur aku genap 24 tahun,
tapi juga telah menetapkan kedudukan aku sebagai seorang ayah,
ayah, papa, abuya, babah, daddy, bapa...abah.

seronok dia memang takde siapa yang tau...


macam ni lah pengalamannya,
sewaktu bersalin,
doktor suruh aku duduk dekat luar sebab tak boleh masuk bilik operation,
bengang jugak aku tapi takpe,
asalkan semua nya selamat.

so far masa tu itu lah motto hidup aku,
asalkan semuanya selamat.

aku tak kisah apa terjadi,
asalkan semua selamat.

itu sahaja yang aku pinta,
dah lah tak dapat masuk,
tak ke nervous duduk kat luar tu,
menggigil semacam,
nasib baik abah aku ada call bagitau surah apa patut dibaca.

9.30 pagi isteri aku masuk operation theatre,
lepas tu
pukul 10.06 pagi,
aku dah mula terdengar,
bunyi suara baby menangis,
masa tu bagi aku tu lah suara paling indah,
adakah itu suara anak aku,
zuriat aku,
pewaris aku,
penyambung legasi aku...

aku pun confius jugak masa tu,
betul ke tu suara tangisan anak aku,
dah nak dekat 10.30 pagi,
nurse ni tak reti-reti nak panggil aku ke kalau isteri aku dah bersalin,
gelisah nya memang sukar digambar.

pukul 10.30 pagi,
kriuuukkkk..
pintu bilik terbuka dan terjenguklah muka nurse minion paggil aku,

aku masuk dalam bilik tu,
tengok kat dalam katil baby,
sekujur tubuh yang berbedung dengan muka putih gebu dihiasi sekuntum bibir merah pekat,
rambut basah dan pipi yang montok dengan mata separuh terbuka sepet,

Alhamdulillah,

anak aku,

Oh ya, sebelum tu nak bagi tau jugak,
aku ni jenis takut sikit nak dukung budak baru lahir,

tapi bila aku tengok anak aku tu,
lepas tu nurse tanya nak azan kan tak,
aku memang tak hesitate cakap nak,
terus dengan kekuatan seorang abah,
aku dukung anak aku tanda yakin,
dan mengazankannya supaya dia tahu dia lah zuriat Islam terbaru di muka bumi ini.

lepas tu cepat-cepat aku tanya nurse isteri aku macam mana,

Alhamdulillah,

semuanya selamat.

eleanour albar dah sebulan

setahun itu akan bercambah.

Monday, December 16, 2013

sayang

setahun macam tak rasa apa je kan,
kita tetap sama macam dulu,
tapi sebenarnya banyak jugak beza,
you faham-faham jelah apa bezanya. hehe

you tau tak kenapa i macam tak terasa setahun ni

sebab masa i dengan you macam sangat mencukupi,
sering diisi dengan gelak tawa dan gurau senda,
you dah macam bestfriend i,
berkepit 24 jam sampai orang lain yang rimas,
tapi takpe sebab you isteri i.

ingat lagi tak masa pertama kali kita berjumpa

saya tau lah soalan ni cliche'
tapi kita sendiri tahu kita tak pernah jemu tanya soalan tu setiap hari,
still lagi sampai sekarang i macam tak percaya,
yang kita dah bergelar suami dan isteri.

dah setahun dah sayang

mungkin betul bumi ni makin kecil
dan makin laju berputar
atau mungkin juga
hati i ni yang makin besar menerima cinta you
dan makin lambat degupan kerana rindu dekat you selalu.

selamat ulangtahun yang pertama sayangku...

oh ya, dan kita dah ada anak dah pun kan,
comel je budak tu. :)
 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan