Tiga bulan pakai smartphone Lenovo - bagus atau tidak?

Sunday, April 13, 2014

Hari tu entri pasal smartphone Lenovo aku meletup-letup pageviews, tapi time tu aku bagitau lepas aku baru beli phone tu. Sekarang dah tiga bulan aku pakai phone Lenovo S920, dan so far bagi aku, memuaskan. Korang pun tau kan berapa kali aku bagitau phone ni bagus sebab harga dia memang sangat murah. Sampai bila aku pakai pun ramai member-member yang tanya ok tak pakai. Sebab ye lah, sape tak takut, dah lah murah, brand China pulak tu, kang pakai sebulan dua tetiba meletup pulak kan.


Bagi aku performance smartphone Lenovo ni tak lah se-advance Samsung atau HTC, tapi sebagai satu smartphone yang ingin menonjol dalam zaman IT ni, aku boleh katakan Lenovo agak berjaya. Sebab kadang-kadang kita kena fikir jugak, ramai orang duk sibuk dengan Samsung, HTC, Sony yang harga dekat dua ribu ringgit, tapi pakainya tak lah semua function pun. Setakat buat call, main games, download applications dan camera. Dan bagi aku semua tu ada pada Lenovo.

Bulan lepas pun isteri aku beli smartphone Lenovo jugak brand A369i harga RM249 kat Lazada. Gila tak murah?! Tapi phone ni kategori bawahan, maksud aku takde kamera depan, skrin pun tak HD. Tapi performancenya tetap bagus. So far isteri aku main game kat handphone ni tak lag pun. Tu lah antara kelebihan Lenovo jugak.


Ok lah, untuk Lenovo S920 yang aku pakai, ni antara specsnya yang mengancam :


DISPLAYTypeIPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size720 x 1280 pixels, 5.3 inches (~277 ppi pixel density)
MultitouchYes
BODYDimensions154 x 77.7 x 7.9 mm (6.06 x 3.06 x 0.31 in)
Weight159 g (5.61 oz)

MEMORYCard slotmicroSD, up to 32 GB
Internal4 GB, 1 GB RAM
CAMERAPrimary8 MP, 3264 x 2448 pixels, autofocus, LED flash
FeaturesGeo-tagging, touch focus, face detection
VideoYes
SecondaryYes, 2 MP
FEATURESOSAndroid OS, v4.2.1 (Jelly Bean)
ChipsetMediatek MT6589
CPUQuad-core 1.2 GHz Cortex-A7
GPUPowerVR SGX544
SensorsAccelerometer, proximity, compass
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
BrowserHTML
RadioFM radio
GPSYes, with A-GPS support


BATTERY Li-Po 2250 mAh battery
Stand-byUp to 480 h (2G) / Up to 480 h (3G)
Talk timeUp to 25 h (2G) / Up to 12 h (3G)

atau boleh klik sini untuk specs penuh.

Dan kesimpulan dari aku, selama tiga bulan pakai smartphone Lenovo S920, aku amat puas hati. Main game gambar clear dan tak lag, tengok video pun gambar clear habis, sound pun boleh tahan meletupnya, ditambah pulak kalau kita custom made user interface, body pun menarik designnya, kameranya pun bagus, dan paling penting, murah. Haha.



May Movie Madness!!!

Wednesday, April 9, 2014

Wohoohooo...bulan May datang lagi! Kalau dah bulan may tu mesti ramai kaki-kaki movie taw, it is time for summer movie! 2014 tak ketinggalan jugak untuk mempamerkan movie-movie hebat belaka untuk musim panas. Standard kalau hollywood memang diorang suke letak movie-movie blockbuster untuk tayangan ketika musim panas ni. Tak tau lah sebab apa, mungkin time tu cuti penggal sekolah kat Amerika kot. Macam kat Malaysia ni ramai berebut tayangan filem waktu hari raya.

Jadi untuk summer movie bash 2014, aku masukkan dulu bulan may punya movie. Memang tahun ni banya movie yang best-best lah. Antaranya :






Hahaha, lu orang jangan perasan, aku nak tengok abang long fadil bukan sebab Zizan! Tapi sebab ada Shark, lu sudah balik ka Shark? Gua banyak rindu sama lu punya rambut mullet. Wakaka...

Salam bulan lima nanti. :)




Sebulan Kau Hilang - #BerdoaUntukMH370

Tuesday, April 8, 2014

Sudah lupa kah kita?
sudah mula alpa kembali kah kita?
sudah hilang keyakinan kah kita?
sudah berhenti berdoa kah kita?

Sebulan berlalu,
lapan haribulan tiga tahun dua ribu empat belas,
kami tak akan lupa,

persoalan demi persoalan,
tapi jawapan yang diterima masih tidak memuaskan,
bukan mahu salahkan sesiapa,
asal kita tahu kita mampu lakukan sesuatu,
bukan lah suruh untuk mengharung lautan meredah awan,
hanya meminta simpati dan mengemis bakti,
tetapi kalau tetap kudrat tidak mengizini,
apakah susah untuk kita berdoa kepada Illahi?

jangan sekali kita lupa keperitan mereka,
tidak tahu kemana yang disayangi berada,
entah kemana jiwa entah kemana raga,
bukan kehilangan sahaja yang diratapi,
tetapi persoalan yang membelengu diri,

hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui,
hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui,
hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui,

meski kita boleh ketawa,
boleh beriang ceria,
boleh bergembira,
tapi kita tetap tidak lupa,
didalam hati tetap bersedih,
pedihnya hati ini melihat kehilangan kau.

tapi segalanya penuh hikmah,
satu dunia berhenti untuk berdoa,
tapi adakah kini dunia sudah berhenti berdoa?

jika Dia mengatakan jadi, maka jadi lah ia.


Game Of Thrones Kembali Dengan Musim Keempat! - King Joffrey Akhirnya Mati?

Monday, April 7, 2014


Yeahhhh! Akhirnya kemelut di Seven Kingdom of Westeros bersambung dengan siri tv Game of Thrones musim keempat! Ini merupakan adaptasi kedua dari siri berjudul A Storm of Swords dari novel A Song of Ice and Fire oleh George R. R. Martin.

Berapa bulan dah kita menunggu selepas episod terakhir musim ketiga dimana kita dapat saksikan Daenarys Targaryen bersama askar-askarnya dah ready nak nak serang King's Landing. Jon Snow pulak dapat lepaskan diri dari wildlings. Jamie Lannister akhirnya bertemu kembali Cersei Lannister. Oh ya, Catalyn dan Robb Stark dah takde kat musim keempat ni selepas dibunuh oleh konco-konco Walder Frey! Dan Tyrion Lannister pun dah berkahwin dengan Sansa Stark. Dan macam mana pulak dengan King Joffrey Baratheon? Aku harap dia mati dengan sadis dalam musim kali ni! Haha.

Apa pun dalam musim keempat ni kita dapat saksikan banyak perubahan sejak dari musim pertama. Winterfell memang dah fell betul-betul. Sekarang fokus adalah pada Jon Snow dan macam mana Daenerys nak tawan King's Landing.

Aku pun tak sabar nak tengok apa lagi helah dari karakter feveret aku, Tyrion. Memang lama betul tunggu musim keempat ni, dah, setakat ni je lah entri kali ni. Aku nak pergi tengok episod satu musim keempat sekarang!

Karakter TV Manakah Aku Nak Jadi? - Top 5 Karakter Siri TV Lelaki

Sunday, April 6, 2014

Hari tu, wife tanya aku, kalau aku diberi peluang untuk bawak satu watak dalam siri tv, watak macam mana yang aku nak jadi. Aku pun terpikir jugak, apa maksud dia watak yang macam mana? Aku ingatkan untuk pilih watak yang dah sedia ada di siri-siri tv sekarang. So memang tak terpikir jugak lah.

Sebelum tu wife aku pernah buat entri pasal karakter perempuan dalam siri tv feveretnya. Aku pun ada jugak karakter-karakter feveret untuk siri tv. So lepas dah beberapa hari, baru lah aku bagi jawapan kat wife aku. Kalau boleh aku teringin nak jadi macam Chandler Bing, karakter Friends.

Aku pilih Chandler sebab watak dia sangat cool, kelakar, easy going, dan paling penting, tak annoying. Aku memang suka layan Friends dan HIMYM. Tapi kalau perasan, setiap karakter dalam siri tv ni mesti ada sisi annoying diorang. Tapi tak sangat untuk Chandler. Tu sebab aku kalau diberi peluang untuk bawak watak dalam siri tv, aku teringin nak watak yang ade punchline kelakar, sempoi dan diminati penonton.

Sebenarnya bukan Chandler saja karakter yang aku suka dalam siri tv. Ni antara top 5 karakter lelaki siri tv yang aku suka, dah tentu nombor satu adalah Chandler.

#1. Chandler Bing - Friends


#2. Marshall Eriksen - How I Met Your Mother


#3. Tyrion Lannister - Game of Thrones


#4. Walter White - Breaking Bad


#5. Jake Peralta - Brooklyn Nine-Nine

What Actually Wrong With How I Met Your Mother Finale?

Saturday, April 5, 2014



Dah dekat seminggu siri tv How I Met Your Mother berakhir dengan finale yang penuh kontroversi. Ada peminat yang suka, dan ada peminat yang mengamuk betul dengan pengakhiran kisah macam mana Ted Mosby jumpa The Mother. Aku pula, di sudut yang lain menilai finale tersebut sebagai satu permulaan untuk kita let go sesuatu yang kita hang on bersama.

Kat Malaysia ni sendiri pun aku perasan ramai jugak yang minat dengan siri tv ni. Walaupun genre sitcom hollywood tak berapa bertapak di hati rakyat Malaysia berbanding genre siri televisyen, tapi HIMYM tetap mendapat pengikut setia sendiri.

Sebenarnya masa tengok finale HIMYM ni aku agak teruja juga, dengan plot twist yang sememangnya sukar dijangka dan sukar diterima. Bagi peminat HIMYM, terdapat dua kelompok peminat, iaitu peminat Ted/Robin dan peminat Barney/Robin. Bagi peminat T/R, sudah tentu mereka suka dengan ending HIMYM, tapi sebaliknya pula pada peminat B/R. Aku pula tergolong dalam golongan yang sukakan jalan cerita yang dibawa oleh Carter Bays dan Craig Thomas ini.

Untuk ending siri ini, aku rungkai kan apa yang terjadi dengan setiap karakter:

MARSHALL & LILY

Selepas pulang dari Rome, Marshall yang telah menolak tawaran menjadi judge telah mendapat kerja baru yang tidak berapa disenanginya. Marshall dan Lily juga dah ada dua orang anak sekarang iaitu Marvin dan Daisy. Selang setahun dua kemudian Lily mengandung anak yang ketiga pula. Sewaktu sarat mengandung, Marshall dan Lily buat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar. Ini menyaksikan farewell kepada apartment yang menjadi tunjang lokasi siri HIMYM ini. Dekat tiga tahun juga barulah Marshall ditawarkan semula untuk menjadi judge. Dan kemudian selang beberapa tahun, Marshall bertanding untuk menjadi New York Supreme Court. Lily pula tak diketahui sama ada dia masih bekerja dengan The Captain atau tidak. Dan tak dinyatakan berapa orang anak Marshall dan Lily ada. Apa yang kita tahu, mereka memang bahagia sampai ke hari tua.

BARNEY

Setelah tiga tahun berkahwin dengan Robin, mereka akhirnya memutuskan untuk bercerai kerana masalah Robin yang selalu travel sejak menjadi WNN newcaster. Barney yang telah berhenti bekerja dan berkemungkinan telah menjadi blogger sepenuh masa terasa lonely dengan kurangnya masa berkualiti dengan Robin. Hubungan mereka semakin renggang dari tahun ke tahun dengan Barney yang kembali ke kehidupan bujangnya seperti dulu. Hingga ke umurnya 40an Barney masih lagi berfoya-foya dengan Playbooknya, hinggalah salah seorang dari gadis yang telah ditidurinya mengandung. Barney mendapat anak perempuan bernama Ellie dan berikrar itu lah cinta hatinya dan berubah menjadi seorang bapa yang mithali.

ROBIN

Selepas bercerai dengan Barney, Robin semakin renggang dengan gang-nya. Dengan kehadiran Barney yang kini bekas suaminya, ditambah pula dengan Ted yang semakin bahagia dengan The Mother, Robin merasakan dirinya tidak diperlukan lagi dalam the gang tersebut. Dia kini menjadi terkenal dan sering travel ke seluruh dunia, betul-betul apa yang dia inginkan dalam hidupnya. 

TED

Ted berjumpa dengan The Mother atau namanya Tracy Mcconnel di stesen Farhampton. Dia tidak jadi pergi ke Chicago dan bermulalah kisah bahagianya bersama Tracy. Ketika planning nak berkahwin, Tracy telah mengandungkan Penny anak Ted dan mereka menagguhkan perkahwinan mereka. Sehingga lah lima tahun kemudian, barulah mereka berkahwin sambil disaksikan the gang. Ted hidup bahagia dengan Tracy sehinggalah Tracy meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diberitahu dalam siri ini. Itu merungkaikan cerita bagaimana Ted bertemu dengan The Mother. Tetapi enam tahun selepas kepergian Tracy, anak-anak Ted iaitu Penny dan Luke meyakinkan Ted untuk kembali kepada Robin yang masih single. Ted pergi ke rumah Robin dengan membawa blue french horn dan mereka kembali bersama.


So apa yang tak kenanya dengan ending HIMYM sampai ada yang betul-betul mengamuk. Siap fanbase buat petisyen untuk menuntuk creator siri ini menukar kembali ending.

Ok lah, sebenarnya ending dia ok saja, tapi mungkin sebab dalam satu episod, terlalu banya input untuk diletakkan tidak berapa sampai kepada kita. Penonton kena faham yang Ted ceritakan kisah ini kepada anak-anak mereka, bukan pada penonton. Di mata anak-anak Ted, ibu mereka telah meninggal enam tahun. Tapi bagi kita yang baru sahaja kenal The Mother, menyukai The Mother, merasakan kematiannya adalah satu yang tak masuk akal. Kita merasakan yang The Mother hanyalah alat untuk Ted mendapatkan anak yang tak mungkin dia dapat bersama Robin.

Dan bayangkan, kisah finale ini sangatlah melankolik yang mendukakan hati peminat. Satu season kita dihidangkan dengan minggu wedding Barney dan Robin hingga kita yakin yang mereka adalah meant for each other, tapi hanya dengan satu episod dirungkaikan mereka bercerai. Ditambah lagi dengan kisah Robin yang renggang dengan geng. Semuanya sangat sedih. Finale ini ibarat 9 lagi seasons yang sepatutnya keudara pada masa akan datang.

Aku sendiri pun beberapa hari jugak sedih dengan finale sebegini. Tambahan lagi bila credit keluar di akhir finale dengan menunjukkan muka-muka karakter pada musim pertama. Memang siri tv ini sangat terkesan.

Apa pun, kini siri tv ni dah berakhir, dah tak ade apa nak disedihkan lagi. Lepas ni ada pula siri tv berjudul How I Met Your Dad. Dan ya, aku memang nak tengok siri tv baru ni.


Malaysia dan Melayu Kita? (Repost from legendary entry)

Friday, April 4, 2014



Kalau sebut je pasal Malaysia,siapa tak kenal,sebuah negara yang pesat membangun dan telah mencipta rekod dengan sejarah kemerdekaan yang baru seabad usianya. Tapi apa sebenarnya yang terjadi selepas seabad kemerdekaan tersebut? Benda ni memang la perkara biasa yang sering disebut masyarakat dunia, tetapi apa yang aku nak tonjolkan dalam teks ni adalah masa silam,masa kini dan masa depan Malaysia dan satu bangsa yang dipanggil 'Melayu'!

Kenapa Melayu disebut 'Melayu'...layu...macam daun layu yang tunggu masa nak kena makan dengan ulat,atau macam orang yang layu tunggu nak mati. Betul ke itu maksud 'Melayu? Atau perkataan layu tersebut bermaksud hati yang layu dengan sikap marah,hasad dengki atau nafsu syahwat tetapi kuat dengan agama,iman dan fikiran? Apa-apa pun sekarang perkataan Melayu merupakan suatu ungkapan yang universal dan sudah ada termanya sendiri dalam bahasa Inggeris dan Jepun iaitu Malay atau Malaya! Tetepi bukan perkataan Melayu yang aku nak jelaskan dalam teks ni. Apa yang aku nak bangkit kan adalah mengenai bangsa Melayu kita. Apa yang akan korang terfikir kalau aku sebut pasal MELAYU? Yup,mesti korang fikir,KUAT SONGLAP DUIT...betul tak. Bukan tu saja,dengki,nafsu serakah,lupa diri dan tamak haloba juga dah jadi sifat semula jadi dalam diri orang Melayu ni. Tu lah sebab bangsa asing atau warga bukan bumiputera senang-senang je nak jamah orang Melayu kita ni.

Aku teringat kata-kata bapak aku yang merupakan orang keturunan Arab-Melayu. Dia kata kat aku, Islam bagi orang Melayu kita sekarang ni hanya ada satu dosa besar je. Orang Melayu sekarang dah tak anggap zina,rasuah,dengki atau bunuh tu dosa besar sekarang. Apa yang merupakan dosa besar bagi orang Melayu sekarang adalah, MAKAN BABI! Cuba korang renung dalam-dalam kata-kata azimat bapa aku tu,ada betulnya kan? Disebabkan rasuah,wang atau kuasa, macam-macam idea,pertubuhan dan rancangan orang Melayu tertindas begitu sahaja. Sebakan duit,mana hilang aura bolasepak Malaysia? Sebabkan rasuah,mana kekuatan filem Melayu sekarang? Disebabkan kuasa,mana hak kita sebagai rakyat? Kita fikir lah sama-sama.

Memang betul,sekarang Malaysia dah makin maju,tapi adakah kita akan maju tanpa orag Cina,orang India dan lain-lain orang lagilah kat Malaysia ni. Akan maju ke kita? Bayangkan,Malaysia hanya dibangunkan oleh orang Melayu saja,nescaya penuh dengan perkara kotor yang berleluasa. Tentu sahaja manusia dunia tak kenal apa tu Sepang,apa tu KLCC,apa tu KLIA? Apa yang kita kena buat sekarang, adalah bersyukur banyak-banyak kepada tuhan,sebab Melayu mendapat bantuan orang luar untuk membangun dan jangan malu,sebab tu adalah cara kita. Meminta tolong dan akhirnya kita juga yang akan menolong orang lain. Aku percaya,sekarang Melayu dah boleh gerak sendiri walaupun masih ada beberapa anak haramjadah mana yang cuba nak menconteng arang di muka bangsa kita sendri. Sokong bangsa sendiri,baru kita kan disokong bangsa lain.

Berkenaan sikap anak-anak Melayu sekarang pula,jangan lah dirisau sangat. Sebab semuanya datang dari keturunan Melayu diorang jugak. Ok ape anak Melayu kita sekarang, dah ramai yang bertudung. Cuba tengok anak dara-anak dara zaman P.Ramlee dulu,ada diorang pakai tudung? Tengok je lah filem agama karya seniman agung kita,SEMERAH PADI,ada Saadiah tu pakai tudung betul-betul tutup kepala? Nampak gak rambut. Orang dulu, kalau nak minum arak,depan-depan mata dah nampak. Seniman agung siap tunjuk sikap Melayu yang suka berjudi dalam filem Ragam P.Ramlee. Berpelukan sesama bukan muhrim,berciuman atau mencarut,perkara biasa je bagi orang Melayu zaman dulu. Satu je cara nak bagi anak muda sekarang tak bersikap sumbang, haramkan filem-flem,novel-novel atau apa-apa saja medium berbentuk CINTA! Tapi boleh ke buat macam tu? Aku rasa lah kan,kalau kerajaan haram kan filem-filem cinta Melayu,sah-sah pilihanraya akan datang semua negeri pembangkang sapu kerusi parlimen.

Kita dah nampak pelbagai langkah insentif yang cuba diambil kerajaan untuk memantapkan lagi bangsa kita. Susuah sebenarnya nak bentuk personaliti seseorang lebih-lebih lagi identiti bangsa. Kalau kerajaan yang buat kempen,semuanya tetap terpulang kepada kita sama ada nak tengok atau tidak. Bak kata Master Zen,'the choice is in your hand'...kita yang kawal diri kita,bukan malaikat,bukan tuhan,bukan setan,tapi KITA! Last aku nak cakap,aku percaya,bangsa Melayu kita bakal menggegarkan dunia satu hari nanti. Malaysia akan menjadi negara yang akan dikenali hingga ke hujung kutub utara!


Kenapa aku tak post entri pasal MH370.

Thursday, April 3, 2014



Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum mulakan entri kali ni marilah kita sama-sama berdoa dan menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada para mangsa MH370, semoga di mana pun mereka berada, apa pun yang terjadi, Allah S.W.T. akan tetap merahmati mereka.

Ok lah, rasanya satu dunia dah tahu kes MH370. Tanggal 8 Mac 2014, Malaysia menjadi tumpuan dunia. Dan kita sendiri merasakan kehilangan yang amat besar. Kita semua bersedih. Kita semua bersimpati. Tetapi tak lupa juga ada manusia-manusia yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian terhadap hal ini.

Tapi kenapa setelah lepas hampir sebulan, baru sekarang aku nak pos entri pasal kes ni. Blogger-blogger lain dah beratus-ratus entri diorang pos.

Sebenarnya bukan apa, bab-bab benda yang hilang, kita tak tahu kejadian sebenar, aku takut sikit nak pos. Nanti dijadikan bahan spekulasi lah, konspirasi lah. Ya, aku memang ada baca benda-benda tu semua, tapi aku percaya ke? Macam mana pula dengan statement dari PM kita tentang status kapal terbang tersebut? Aku percaya ke?

Penting sangat ke kepercayaan aku ni. Apa yang aku percaya adalah Allah itu maha mengetahui. Dan kalau mengikut logik akal, sebarang benda yang misteri dan tiada ketemu jawapan, bermaksud segala kemungkinan hanyalah sekadar kemungkinan. Dan kemungkinan ini kita tidak boleh menidakkan malah tak boleh juga mengiyakan.

Ya, tak dinafikan, masa PM inform pasal MH370 berhenti di Lautan Hindi...bergetar jugak tubuh badan. Aku sedih, aku menangis. Padahal aku tak kenal pun mangsa-mangsa dalam tu. Tapi aku ni manusia, itu lah kelebihan kita sebagai manusia. Dapat merasai apa yang manusia dalam kesusahan sedang lalui. Dan kalau kita ni tak reti lagi nak bersyukur, masih lagi tak sensitif, hilang ke kemanusiaan kita ni? Layak kah kita digelar manusia.

Apa yang aku boleh katakan, kita berdoa sahajalah semuanya selamat.

Ingatlah, Allah tu ada bersama kita. Sebesar mana pun manusia, secanggih mana pun teknologi, sehebat mana pun kuasa sesebuah kerajaan, Allah itu lebih atas dari segala yang atas.

Kalau Dia katakan jadi, maka jadi lah ia...

How How I Met Your Mother Ends.

Tuesday, April 1, 2014


Semalam, berakhir lah kisah dongeng ciptaan sutradara Carter Bays dan Craig Thomas yang berjudul How I Met Your Mother setelah 9 tahun bersiaran. Memang tak dinafikan, ini adalah antara siri komedi favorit aku yang aku follow dari awal. Well, tak lah awal sangat, sebenarnya aku layan siri ni pun masa dah season 3, waktu tu aku tengok kat Star World. Sampai lah ke season 7, waktu tu aku dah kerja, so aku mula mendownload siri-siri yang aku terlepas.

Start dah pandai mendownload ni, takyah tunggu tv lagi dah. Siap je tayang kat U.S, terus je aku download. Sampai dengan wife aku pun melayan jugak cerita ni. Aku tak kisah lah sekarang ni orang nak kecoh pasal ending cerita ni tak best lah, itu lah, ini lah. Bagi aku cerita ni dah habis. Yup, dan aku sedih bab tu. Lepas ni takde lagi lah menunggu masa nak mendownload siri ni lagi.

Woops, spoiler alert, saja nak bagi tau apa yang karakter-karakter ni buat lepas tamat siri ini. Marshall akhirnya menjadi seorang Judge selepas tiga tahun pulang dari Itali, dia dan Lily dah ada tiga orang anak, mungkin lebih, Barney stop menjadi playboy selepas mendapat anak perempuan, Robin pula end up dengan Ted, tak tau lah sama ada diorang kahwin ke tak, dan the mother...

Lepas ni tak payah dah aku nak fikir pasal cerita ni, boleh fokus pada siri baru. Dan still recap episod-episod lama.


Superdate 2014 - Berjimat ketika dating...


Isnin lepas, aku dan isteri berdating setelah sekian lama, dari tahun lepas lagi rasanya, dan kitorang suka gelar dating sebegini sebagai SUPERDATE! Tapi sekarang superdate dah lain dah, nak cari masa untuk berdating bukan senang. Sebab sekarang kitorang lagi suka dating kat rumah dengan baby. Hehe...

Apa pun, dapat jugak cari masa untuk luangkan bersama-sama isteri. Tak susah pun kitorang nak dating ni, macam biasa, just tengok wayang, dan karaoke. Tapi memang best, sebab dah lama kitorang tak buat benda-benda camni.

Untuk aku dan isteri, kitorang akan make sure, tradition superdate ni akan dilakukan walau setahun sekali. Kalau dulu mungkin kitorang boleh spend satu hari tengok wayang, karaoke, main boling, pergi arcade...tapi kalau lepas ni, dapat spend time masa berdua sahaja pun dah mencukupi.

Superdate dengan isteri lebih jimat rupanya.









 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan