Luke Cage - Superhero klasik Marvel di Netflix

Thursday, August 11, 2016


Assalamualaikum w.b.t.
..........

Marvel Studios sekali lagi muncul dengan superhero terbaru mereka. Tetapi superhero ini bukanlah ditayangkan di pawagam seperti Iron Man dan Captain America. Superhero ini menjadi watak utama dalam ceritanya yang bakal ditayangkan di Netflix dengan 13 episod secara serentak. Selain dari Luke Cage, Marvel Studios / Netflix sebelum ini pernah menayangkan produk mereka yang lain iaitu Daredevil Season 1, Jessica Jones Season 1 dan Daredevil Season 2. Dan mereka juga sedang menjalankan penggambaran Iron Fist Season 1 yang akan ditayangkan tahun hadapan. Ada sebab sebenarnya kenapa Marvel Studios menayangkan keempat-empat superhero mereka ini di Netflix. Ini kerana tahun hadapan juga, keempat-empat superhero ini akan bergabung tenaga dalam mini siri The Defenders. Lebih kurang macam The Avengers tapi ni versi Netflix punya.

Kalau ikut reputasi, Marvel Studios belum pernah mengecewakan lagi peminatnya. Well, belum pernah betul2 mengecewakan walaupun ada jugak beberapa isu kontroversi. Aku pulak memang kaki layan movie-movie dari Marvel Studios atau boleh jugak aku cakap aku layan Marvel Cinematic Universe. Dari filem-filemnya, sampai ke siri TV hinggat ke One-Shot semua aku layan. Aku agak tertarik kerana Marvel mampu membikin Cinematic Universenya sendiri di mana setiap cerita atau siri tv saling berkaitan antara satu sama lain. Contoh untuk Luke Cage, cerita ini wujud dalam masa yang sama dengan Iron Man, Captain America mahupun apa2 lagi watak yang terbabit dalam MCU ini. Aku rasa mesti ramai yang dah tahu pasal hal ni.

Sejak dari Daredevil Season 1, Marvel Studios sekali lagi berjaya mencipta francais yang kali ini melalui TV internet. Sekarang Marvel sudah ada 4 medium untuk MCU iaitu filem, TV, TV internet dan komik. Dan untuk medium TV internet iaitu melalui Netflix, Marvel sangat cemerlang. Siapa yang tak pernah tonton Daredevil dan Jessica Jones, amatlah digalakkan jika anda peminat Marvel ataupun superhero. Tapi berbeza dengan filem, penceritaan melalui medium ini agak gelap dan brutal. Walaubagaimanapun itulah satu perbezaan yang cuba dibawa Marvel!

Watak Luke Cage yang dimainkan oleh Mike Colter ni sebenarnya sudah pun diperkenalkan terlebih dahulu dalam Jessica Jones. Kalau ikut comic Luke Cage ni adalah suami Jessica dan mereka pernah dapat anak. Tapi aku tak tahu lagi sama ada Jessica akan membuat penampilan dalam Luke Cage ataupun tidak. Luke Cage juga ada nama superheronya sendiri iaitu Power Man. Dia mempunyai kulit yang sangat kebal dan kekuatan yang luar biasa. Dengan penambahan karakter Luke Cage sebagai superhero ini telah menambahkan koleksi superhero live action Marvel. Nampaknya Marvel memang makin menjadi2 untuk merealisasikan komiknya sebagai live action! Lepas ni kita boleh tengok Iron Fist yang bakal dilakonkan oleh Phil Jones dari Game of Thrones pula! Dan tak mustahil pada masa-masa akan datang kita akan disajikan dengan pelbagai lagi superhero terkenal dari Marvel.

Ada banyak perkara yang tak berapa jelas mengenai cerita Luke Cage ini. Apa yang aku tahu, ianya merupakan kesinambungan perjalanan hidup Luke Cage selepas insiden yang berlaku dalam siri TV Jessica Jones. Dalam cerita ini kita akan dihidangkan serba sedikit sejarah silam Luke Cage dan bagaimana dia boleh mendapat power kebal sedemikian. Dan apa yang menarik, macam mana cerita ini akan dikaitkan dengan Daredevil, Jessica Jones dan Iron Fist? Adakah kita dapat melihat plot2 kecil yang membawa kepada penceritaan The Defenders pada tahun depan? Adakah akan terdapat cameo2 dari MCU dalam cerita ini? Itu semua kita akan tahu pada bulan 30 September depan dengan 13 episod ditayangkan secara serentak.

Sebelum itu, updates dari berita Marvel Studios, trailer Doctor Strange yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch telah pun dikeluarkan dan ini membuatkan ramai yang tidak sabar menunggu filem ini keluar November tahun ini. Brie Larson pula telah dinamakan sebagai pelakon yang akan menerajui watak Captain Marvel yang akan ditayangkan pada 2019. Captain Marvel bakal menjadi superhero wanita Marvel yang pertama yang mempunyai filemnya sendiri. Come on Marvel, filem Black Widow please. The Tinkerer pula confirm merupakan salah satu villain dalam filem Spider-Man : Homecoming selain dari The Vulture. Marvel juga telah umumkan Ghost Rider akan muncul dalam siri TV Agents of S.H.I.E.L.D. tetapi bukan Johnny Blaze 'Ghost Rider' tetapi Robbie Reyes 'Ghost Rider'. Itu lah serba sedikit updates dunia Marvel Cinematic Universe. Aku sekarang hidup dalam zaman kegemilangan comic book movie. Ini membuatkan aku sangat2 gembira. Dan harap Marvel akan mengeluarkan produk2 yang lebih berkualiti. Ok lah, geralupaperoger.

..........

Wordless Wednesday #1

Tuesday, August 9, 2016

Assalamualaikum w.b.t.

..........


Kredit gambar : FB Boys Of Straits

..........

Harry Potter and the Cursed Child - Cerita pasal apa pula ni?



Assalamualaikum w.b.t.

..........

Ramai yang tahu francais Harry Potter merupakan antara francais yang terbaik dan cemerlang buat abad ini. Siri Harry Potter yang dicipta oleh penulis J.K. Rowling telah meluaskan empayarnya dengan tujuh buah novel yang telah diadaptasikan kepada lapan siri filem serta mendapat taman temanya sendiri iaitu The Wizarding World of Harry Potter di Universal Studio Florida, Jepun dan Hollywood. Itu belum masuk lagi cenderahati2 dan figura serta peminat2nya yang meluas di serata dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dari terkena tempias epidemik dunia magis Harry Potter ini. Aku sendiri pun tak nafikan yang Harry Potter adalah antara francais kegemaran aku. Malahan aku sendiri baca ketujuh-tujuh novel Harry Potter ini. Dan baru sahaja beberapa bulan yang lepas aku muatkan audio book Harry Potter kedalam handphone aku untuk aku dengar ketika bekerja. Boleh dikatakan dalam setahun, aku mesti revisit dunia Harry Potter sama ada dari novel ataupun filem.

Kini, kalau ada yang tidak tahu, J.K. Rowling sekali lagi membawa kita ke dunia magis ini dengan pementasan Harry Potter and the Cursed Child! Tapi ianya bukan novel, tetapi pementasan atau stage play. Oh, jangan risau, bukunya juga akan diterbitkan. Rasanya dekat MPH dah ada jual, atau boleh juga beli online. Pementasan ini menurut Rowling pada awal pembikinan adalah sambungan kepada novel ketujuh Harry Potter iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows. Ianya berlatar belakangkan dunia magis 19 tahun selepas buku ketujuh dan lebih fokus kepada Harry, anaknya Albus dan anak Draco Malfoy, Scorpius juga merupakan tunjang utama pementasan ini. Tapi kenapa Rowling sambung cerita Harry Potter ni dengan medium pementasan, bukan novel? Ini kerana menurut Rowling, gaya penceritaannya pada kali ini lebih sesuai dijadikan pementasan berbanding novel. Yalah, mungkin ceritanya tak lah sepanjang tujuh buku Harry Potter sebelum ini. Dan rasanya ia akan menjadi satu pengalaman berbeza buat peminat2 Harry Potter sendiri.

Apa sebenarnya yang diceritakan untuk sambungan legasi Harry Potter ini. Kalau ikut tajuk nampak macam serius kan? Siapa 'the cursed child' dalam cerita ni sebenarnya? Adakah anak Harry iaitu Albus? Yang tu aku pun tak tahu sebab belum pernah tengok lagi pementasan ni. Apa yang aku tahu, cerita kali ini fokus kepada Albus Severus Potter dimana dia telah berkawan baik dengan Scorpius Malfoy iaitu anak Draco musuh kepada Harry dalam cerita terdahulu. Dan dikatakan dalam cerita kali ini, objek yang digelar Time Turner akan kembali. Alah, tu lah rantai yang Hermione pakai dalam The Prisoner of Azkaban untuk kembali ke masa silam. Jadi dalam cerita The Cursed Child ini, penceritaannya ada unsur2 'What if'. Contohnya, 'What if Cedric Diggory never been dead?' , 'What if Voldemort wins the Battle of Hogwarts' , 'What if Hermione never marries Ron? , dan sebagainya.

Dikhabarkan dalam cerita kali ini juga, Harry Potter telah menjadi ketua Magical Law Enforcement dan telah berkahwin dengan Ginny Weasley serta mendapat tiga orang anak, James Sirius Potter, Albus Severus Potter dan Lily Luna Potter. Hermione pula merupakan Minister of Magic dan telah berkahwin dengan Ron yang kini mewarisi kedai Weasley Wizard's Wheezes dan mempunyai dua orang anak iaitu Hugo Granger-Weasley dan Rose Granger-Weasley.

Kalau ada sesiapa yang baca buku The Cursed Child ini nanti, pasti juga akan terkejut dengan watak yang tidak disangka-sangka muncul. Ada beberapa plot twist menarik dalam cerita ini yang telah menjadikan ianya salah satu pementasan yang terbaik. Aku pun tak sabar nak beli buku ni nanti. Tapi sebelum tu, aku nak revisit balik novel2 Harry Potter sebelum ni dan lawan marathon filem-filem ni. Ok lah, geralupaperoger.

..........

Bola dan Gadoh.

Sunday, August 7, 2016

Assalamualaikum w.b.t.

..........

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada JDT kerana telah menang 1-0 menentang Perak pada malam Sabtu yang lepas. Ini meletakkan JDT 4 mata di hadapan dengan 43 mata berbanding Felda United 39 mata. Perebutan kejuaraan Liga Super Malaysia 2016 kini hanyalah terletak pada pasukan JDT dan Felda. Pasukan di tangga 3 ke bawah sudah tiada harapan lagi untuk menjadi Juara cuma perlu mempertahankan kedudukan dari tergelincir ke Liga Perdana 2017.

Aku tahu postin aku ni  mungkin agak lambat sedikit berbanding page2 atau blogger2 yang lain. Tapi isu ini masih panas, malah isu ini adalah isu yang sama seperti tahun2 yang lepas. Sudah tentu kes bola sepak dan keganasan sekarang fokus kepada insiden penyokong JDT dan penyokong Perak di Stadium Ipoh pada 6 Ogos yang kelmarin. Sebenarnya di Malaysia bukan setakat JDT mahupun Perak sahaja mempunyai kes penyokong merusuh atau bergaduh, team2 yang lain jugak turut ada memori hitam sebegini. Cuma kes JDT dan Perak ini sudah lama berlanjutan. Tahun lepas bulan April kalau tak silap juga terdapat insiden yang sama. Kalau tak ingat, mungkin anda boleh refresh balik dengan insiden tiang gol hilang!

Bagi aku macam ni je lah, aku taknak ulas kes kat Stadium Ipoh sebab aku takde di tempat kejadian. Setakat bergantung informasi kepada Facebook, surat khabar dan video2 yang di pos. Tapi kita takkan dapat kisah yang sebenar melalui medium2 tersebut. Cuma apa yang pasti, semua insiden ini berlaku kerana ada sesetengah penyokong yang masih belum matang. Aku percaya, penyokong tegar sesebuah pasukan takkan bertindak sedemikian kerana mereka sudah tentu sayangkan pasukan mereka. Ini kerana kalau ikut undang2 FAM, pasukan bola sepak tersebut yang akan dikenakan denda.

Dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin pun dah bagi satu cadangan bernas untuk memotong mata pasukan yang mana penyokongnya bertindak liar. Sebenarnya cadangan ni tahun lepas lagi TMJ dah cadangkan ketika kes yang sama jugak cuma waktu yang berbeza. Mungkin kalau betul lepas ni FAM gunakan peraturan sebegitu, penyokong2 ni akan matang sikit sebab kalau diorang buat hal, pasukan mereka yang akan rugi, dan mereka jugak akan rugi kerana dah bazirkan wang ringgit ke stadium. Aku taknak belah kepada mana2 pihak. Walaupun aku ni peminat JDT, tapi aku bukanlah pemerhati bola sepak tanah air yang tegar. Aku bukan lah seorang yang obses sampai mengiyakan semua tindak tanduk pasukan mahupun fans. Begitu juga untuk penyokong pasukan lain, tak perlu provok secara fizikal. Sebab yang kena nanti adik2 kecik dan kaum2 hawa. Tak ke kesian kat diorang. Kita ni sama2 manusia, Islam lagi. Tak malu ke sesama saudara pun bergaduh sebab bola.

Ya, sebab bola je pun. Bagi aku yang gaduh sampai berterajang bertumbuk tu budak2 yang baru nak kenal dunia. Mungkin diorang bosan. Setakat menyakat kawan2 tu lain lah. Aku harap pada masa akan datang perkara ni takkan berulang lagi. Dan semoga penyokong JDT melayan penyokong2 Perak yang akan bertandang ke Stadium Larkin pada hari Rabu ini dengan baik. Adalah menjadi kewajipan untuk tuan rumah melayan tetamu dengan baik. Dan juga menjadi kewajipan untuk kita sesama Islam saling membantu antara satu sama lain. Kalau kita tengok bola secara happy2 kan ke seronok. Tak gitu. Ok lah, geralupaperoger.

..........


Review Movie - Suicide Squad

Friday, August 5, 2016


Assalamualaikum w.b.t.

..........

Tahun ni memang banyak betul movie yang bertemakan superhero, atau aku panggil comic book movie. Sebenarnya orang lagi suka panggi superhero movie sebab comic book movie ni lagi meluas. Ok lah, untuk tahun ni je ada enam superhero movie seperti Deadpool, Batman v Superman : Dawn of Justice, Captain America : Civil War, X-Men Apocalypse, Suicide Squad dan akan datang November ini, Doctor Strange. Untuk movie Suicide Squad, secara keseluruhannya masih belum boleh mengalahkan Civil War. Bagi aku movie Civil War akan memegang takhta selaku movie superhero terbaik tahun ni walaupun masih terlalu awal untuk dilabel sebegitu. Mungkin nanti hujung tahun lepas aku menonton Doctor Strange, aku akan buat satu post untuk menetapkan ranking pada movie2 superhero ini.

Kembali kepada movie Suicide Squad, bagi aku memang agak kecewa. Kerana selepas kegagalan BvS yang telah meletakkan expectation yang tinggi, aku mengharapkan SS mampu untuk mengembalikan kegemilangan movie dari DC Comics. Malangnya, aku memang tak expect langsung outcome untuk movie SS ini adalah teruk dari yang dijangka. Aku rasa movie dari DC Comics semacam menjadi satu trend, di mana dari segi marketing, mereka menang. Tetapi selepas movienya keluar, ianya tidak lah seperti yang dijangka. Berbeza pula dengan Marvel, aku nak ambil contoh BvS dan CW. Dari segi pemasaran, contohnya trailer dan poster, aku lebih memihak kepada BvS. Mungkin kerana cerita Batman nak lawan Superman memang sudah ditunggu dari azali lagi. Ditambah pula dengan trailer yang sangat gempak. Tetapi mungkin ini juga silapnya, dengan marketing yang sangat bagus, pihak DC dan Warner Bros telah meletakkan harapan yang tinggi kepada movie mereka. 

Berbeza pula dengan CW, di mana bukanlah marketingnya tidak bagus. Cuma trailernya agak kurang gempak dari BvS. Semacam tak berapa epik marketing dari Marvel. Tapi di situlah bagusnya Marvel. Jarang mereka meletakkan harapan yang tinggi melalui nilai marketing mereka, tetapi hasilnya sangat bagus. Sama seperti BvS, Suicide Squad tidak terlepas dari harapan tinggi peminat. Mereka terlalu mengharap supaya SS mampu menebus kekecewaan mereka selepas BvS dan Man of Steel. Tapi rasanya mereka kena tunggu untuk kepuasan itu sampai.

Secara simplenya aku ulaskan movie SS ni, awal2 pembukaan movie lagi dah rasa pelik. Editingnya agak berterabur. Pacing movie ini slow dan bercelaru. Dan plot2 untuk movie ini tak konsisten membuatkan jalan cerita yang begitu mudah, susah untuk difahami. Atau mungkin fokus aku sendiri yang terganggu dek kerana panggung wayang yang aku pergi ni pun buat hal. Boleh pula separuh jalan tiba2 skrin terpadam. Dah lah dengan movie macam ni, terus rasa hilang mood. Tapi aku rasa ramai jugak pengkritik yang bersetuju mengatakan movie ini tak lah hebat mana. Belum aku cerita dari segi watak lagi. Memang nampak sangat pembikin movie ini hanya mahu mengangkat Will Smith dan Margot Robbie sebagai Deadshot dan Harley Quinn. Even The Joker lakonan Jared Leto pun disia-siakan. Ada yang mengatakan Joker bukan watak utama dalam movie ni jadi tak perlu lah nak fokus pada dia. Bagi aku kalau dia tak penting, baik tak payah masukkan langsung watak ikonik ni dalam movie ni. Ada banyak cara lagi nak gunakan watak Joker sekalipun ianya bukan watak penting. Wataknya boleh jadi playmaker untuk movie ini tapi sayangnya disia-siakan.

Selain dari movie ini, aku terlebih dahulu kenal Suicide Squad melalui movie animasi Batman Assault on Arkham dan selepas itu adalah sedikit dari tv siri Arrow. Jalan cerita Suicide Squad dan The Joker dalam Batman Assault on Arkham lagi bagus dari movie SS ni. Batman dalam BAoA pun mempunyai peranan yang lebih penting. Aku perasan satu kelemahan yang perlu diperbaiki DC dan WB adalah skrip. Mereka sepatutnya fokus kepada satu movie kepada satu movie dan bukannya memikirkan macam mana nak buat story supaya movie2 mereka connect with each others yang sekaligus menghasilkan cinematic universe. Ini adalah satu gamble yang bahaya. Kau dah plan nak buat macam2 movie pada masa akan datang. Tapi macam mana kau nak sustain kualiti movie2 tersebut? So tahun depan akan ditayangkan movie Wonder Woman dan Justice League. Kalau dua2 movie ini pun sama nasibnya seperti BvS dan SS, lebih baik cakap babai sajalah kat movie The Flash dan Aquaman. Dan aku harap diorang tak mess up dengan movie The Batman lakonan Ben Affleck akan datang. Please don't mess with Batman kalau taknak tragedi Joel Schumacher berulang lagi.

2 setengah dari 5 bintang.
..........

Aku mahu kembali.

Thursday, August 4, 2016

Assalamualaikum w.b.t.

..........

Dua tahun ya, macam tu je ia berlalu. Last sekali aku update blog pada 25 June 2014. Dua tahun dah berlalu. Tapi tak tahu kenapa hari ni, aku macam mendapat satu 'epiphany' untuk kembali menulis. Aku tau banyak kali jugak aku cuba nak buat 'comeback' dalam blog. Dan akhirnya terkubur macam tu jugak. Untuk 'comeback' yang kali ni, entah lah, kita tengok lah macam mana. Aku tak boleh nak samakan masa dulu dan masa sekarang. Masa dulu aku student lagi, life memang boring sikit. Ada je masa nak buat blog kalau boring2 duduk dalam bilik dorm. Sekarang dah lain, 6 tahun dah aku tinggalkan student life. Dah kerja, dah ada anak bini. Masa memang terhad sikit. Even blog reviu movie aku pun dah bersarang. Mungkin aku dah takkan aktifkan lagi blog tu kot. Kalau boleh nak fokus pada blog ni. So lepas ni kalau nak review movie pun aku akan post kat blog ni. Senang sikit.

Kalau ikut pengalaman aku menulis di blog, aku memang tak ramai follower. Dan aku tahu tak ramai pun nak ambik tahu dan baca bebelan2 aku ni. Tapi dah nama pun passion menulis. Kadang2 kita menulis bukan sebab nak orang baca. Menulis ni bagus untuk kesihatan jugak. Ye lah, dari sudut psikologi kita boleh memotivasikan diri dengan mengambil pengajaran dari cerita yang kita tulis ni. Harap lepas ni aku akan terus menulis sampai bila2. Memang dah lama kalau ikutkan aku tinggalkan bidang menulis ni. Padahal menulis tu senang, mudah. Tapi semua tu kata-kata dari mulut je. Nak start menulis tu payah jugak. Apa yang seronoknya tulis kat blog ni, mula2 aku tak tau apa nak tulis. Tapi bila dah mula menaip, susah pulak nak berhenti. Apa yang aku fikir nak tulis, belum tentu sama dengan apa yang aku tulis.

In shaa Allah, lepas ni aku akan tulis benda2 yang aku minat. Movies, isu semasa dan pasal JDT. Haha. Ya, minat aku pada movies belum pernah terpadam lagi. Tapi sekarang dah jarang dah tengok movie kat wayang. Kalau dulu sebulan tu mau 5-6 kali aku pegi wayang. Itu kalau dulu lah. Sekarang ni bukan apa, movie merepek2. Aku lagi suka tunggu movie tu keluar kat tv. Tu pun bila keluar bukan tengok pon. Kalau masa movie trailer keluar, bukan main seronok rasa macam nak tengok. Tapi bila dah keluar wayang, rasa malas pulak. Sebab aku tau dah takde keistimewaan lagi dah tengok movie sekarang. Mungkin sebab aku dah besar kot, dulu masa kecik2 excited sentiasa bila tengok movie. Cuma sekarang kalau keluar movie dari comic book, haaa yang tu memang aku tengok kat wayang. Aku ni pulak jenis kalau keluar movie comic book, aku akan tengok masa hari first movie tu open, kecuali X-Men, dah jelak aku dengan movie macam tu. Marvel, DC, Star Wars, ni lah antara movie2 wajib untuk aku tengok kat wayang. Even animation dari Disney pun kekadang masuk dalam kategori wajib tengok ni. Bukan ape, feel tengok movie2 macam ni lain macam sikit.

Kalau nak cerita pasal isu semasa pulak, malas nak jugak nak fikir. Isu sekarang pun same macam movie, merepek2. Lagi2 kalau pasal politik, jadi down terus satu hari. Mungkin aku akan cerita isu2 dalam kehidupan seharian aku kot. Sekarang kan dah kahwin, anak dah satu. So mungkin banyak lah cerita2 yang boleh dikongsikan. Aku pun sekarang happy je dengan anak bini aku. Aku ni bukan jenis yang ramai kawan. Jarang lepak2 kat luar atau buat aktiviti dengan member2. Isteri aku tu lah satu2 nya kawan baik aku. Apa yang kitorang buat semuanya bersama. Tambah pulak dengan anak sorang yang comel dan keletah. Ada je lah aktiviti kitorang setiap hari.

Satu lagi minat aku yang boleh lah dikatakan since 2013, adalah pasukan JDT. Hahaha. Ya, aku pun fan since 2013. Tapi bagi aku takde masalah pun. Takkan kita nak halang minat orang kan. Aku pun sedar aku ni bukan lah kaki bola sangat. EPL pun layan game2 penting dari M.U. je. Tu pun jarang sangat. Tapi kalau bab JDT, memang aku layan. Entah, rasa seronok pulak. Macam2 berita ada pasal JDT. Kalau ada match live memang aku tak lepaskan nak tengok. Kalau ada match kat area Klang Valley, tiket mahal pun sanggup bayar. Kekadang rasa macam nak je balik duduk kat Johor, so boleh tengok match JDT setiap minggu. Semua pasal JDT lah aku suka. Dan aku tak kisah pun kalau orang nak kata aku ni poyo ke, gelabah lebih, tak minat bola pun nak cerita pasal bola, ikut suka lah orang nak kata apa. Asal kan aku ada minat. Minat aku ni menggambarkan diri aku. Aku pulak tak suka nak melaga2kan orang atau kutuk team2 bola yang lain. Bagi aku orang gaduh pasal bola ni orang yang tak matang. Bola je kot, kenapa sampai nak bermusuh? Gaduh2 manja tu lain lah, tapi dengan kawan2. Dulu aku layan jugak page2 troll dalam Facebook. Tapi bila makin lama, makin sakit hati, malas dah nak follow. Hidup makin ceria lagi ada lah. Haha.

Semalam aku baru lepas tengok movie Suicide Squad. Mungkin pada post akan datang aku akan buat review sikit pasal movie ni kot. Lama betul tak buat review movie. Banyak movie2 favorite aku yang ku terlepas untuk buat review. Tapi bagi aku, untuk tahun ni, Captain America : Civil War memang movie top first aku. Sampai dua kali aku tengok kat wayang. Tak sabar nak tunggu Blu-Ray, nak repeat tengok lagi. Batman v Superman pulak bukannya aku tak suka, tapi bagi aku cerita tu boleh diperbaiki lagi. Masih jauh sebenarnya DC nak mengikut jejak langkah Marvel dalam menghasilkan cinematic universe. Malangnya, superhero2 dari DC lagi legend dan epic berbanding Marvel. Ah, aku borak pasal movie lagi. Ni lah jadinya kalau dah minat.

Fuhh, panjang jugak aku taip. Ingatkan tadi takde ape nak diceritakan. Ni pun baru sikit, kalau diberi peluang aku akan menulis lagi. Kepada yang baca post aku ni, teruslah berikan sokongan kepada aku ya. Hidup ni kita tak perlu nak kutuk-mengutuk atau merendahkan orang lain. Kan lebih bagus kalau kita sama2 naikkan diri masing2. Semuanya untuk kita dan masa depan anak2 kita jugak. Dunia ni penuh dengan percintaan, jangan kotorkannya dengan kebencian remeh. Jadi sama2 lah kita berdoa supaya kita sesama manusia boleh membantu antara satu sama lain. Be a better person for a better tomorrow. In shaa Allah. Geralupaperoger.
..........


JDT Juara Liga Super 2014!

Wednesday, June 25, 2014



Alhamdulillah.
Johor Darul Ta'zim FC juara Liga Super 2014.
Tahniah Tengku Mahkota Johor.
Tahniah Bojan Hodak.
Tahniah Cesar Jimenez.
Tahniah team JDT.
Tahniah B.O.S.

dan terima kasih.

FAKTA:


 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan