Dah dekat seminggu siri tv How I Met Your Mother berakhir dengan finale yang penuh kontroversi. Ada peminat yang suka, dan ada peminat yang mengamuk betul dengan pengakhiran kisah macam mana Ted Mosby jumpa The Mother. Aku pula, di sudut yang lain menilai finale tersebut sebagai satu permulaan untuk kita let go sesuatu yang kita hang on bersama.
Kat Malaysia ni sendiri pun aku perasan ramai jugak yang minat dengan siri tv ni. Walaupun genre sitcom hollywood tak berapa bertapak di hati rakyat Malaysia berbanding genre siri televisyen, tapi HIMYM tetap mendapat pengikut setia sendiri.
Sebenarnya masa tengok finale HIMYM ni aku agak teruja juga, dengan plot twist yang sememangnya sukar dijangka dan sukar diterima. Bagi peminat HIMYM, terdapat dua kelompok peminat, iaitu peminat Ted/Robin dan peminat Barney/Robin. Bagi peminat T/R, sudah tentu mereka suka dengan ending HIMYM, tapi sebaliknya pula pada peminat B/R. Aku pula tergolong dalam golongan yang sukakan jalan cerita yang dibawa oleh Carter Bays dan Craig Thomas ini.
Untuk ending siri ini, aku rungkai kan apa yang terjadi dengan setiap karakter:
MARSHALL & LILY
Selepas pulang dari Rome, Marshall yang telah menolak tawaran menjadi judge telah mendapat kerja baru yang tidak berapa disenanginya. Marshall dan Lily juga dah ada dua orang anak sekarang iaitu Marvin dan Daisy. Selang setahun dua kemudian Lily mengandung anak yang ketiga pula. Sewaktu sarat mengandung, Marshall dan Lily buat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar. Ini menyaksikan farewell kepada apartment yang menjadi tunjang lokasi siri HIMYM ini. Dekat tiga tahun juga barulah Marshall ditawarkan semula untuk menjadi judge. Dan kemudian selang beberapa tahun, Marshall bertanding untuk menjadi New York Supreme Court. Lily pula tak diketahui sama ada dia masih bekerja dengan The Captain atau tidak. Dan tak dinyatakan berapa orang anak Marshall dan Lily ada. Apa yang kita tahu, mereka memang bahagia sampai ke hari tua.
BARNEY
Setelah tiga tahun berkahwin dengan Robin, mereka akhirnya memutuskan untuk bercerai kerana masalah Robin yang selalu travel sejak menjadi WNN newcaster. Barney yang telah berhenti bekerja dan berkemungkinan telah menjadi blogger sepenuh masa terasa lonely dengan kurangnya masa berkualiti dengan Robin. Hubungan mereka semakin renggang dari tahun ke tahun dengan Barney yang kembali ke kehidupan bujangnya seperti dulu. Hingga ke umurnya 40an Barney masih lagi berfoya-foya dengan Playbooknya, hinggalah salah seorang dari gadis yang telah ditidurinya mengandung. Barney mendapat anak perempuan bernama Ellie dan berikrar itu lah cinta hatinya dan berubah menjadi seorang bapa yang mithali.
ROBIN
Selepas bercerai dengan Barney, Robin semakin renggang dengan gang-nya. Dengan kehadiran Barney yang kini bekas suaminya, ditambah pula dengan Ted yang semakin bahagia dengan The Mother, Robin merasakan dirinya tidak diperlukan lagi dalam the gang tersebut. Dia kini menjadi terkenal dan sering travel ke seluruh dunia, betul-betul apa yang dia inginkan dalam hidupnya.
TED
Ted berjumpa dengan The Mother atau namanya Tracy Mcconnel di stesen Farhampton. Dia tidak jadi pergi ke Chicago dan bermulalah kisah bahagianya bersama Tracy. Ketika planning nak berkahwin, Tracy telah mengandungkan Penny anak Ted dan mereka menagguhkan perkahwinan mereka. Sehingga lah lima tahun kemudian, barulah mereka berkahwin sambil disaksikan the gang. Ted hidup bahagia dengan Tracy sehinggalah Tracy meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diberitahu dalam siri ini. Itu merungkaikan cerita bagaimana Ted bertemu dengan The Mother. Tetapi enam tahun selepas kepergian Tracy, anak-anak Ted iaitu Penny dan Luke meyakinkan Ted untuk kembali kepada Robin yang masih single. Ted pergi ke rumah Robin dengan membawa blue french horn dan mereka kembali bersama.
So apa yang tak kenanya dengan ending HIMYM sampai ada yang betul-betul mengamuk. Siap fanbase buat petisyen untuk menuntuk creator siri ini menukar kembali ending.
Ok lah, sebenarnya ending dia ok saja, tapi mungkin sebab dalam satu episod, terlalu banya input untuk diletakkan tidak berapa sampai kepada kita. Penonton kena faham yang Ted ceritakan kisah ini kepada anak-anak mereka, bukan pada penonton. Di mata anak-anak Ted, ibu mereka telah meninggal enam tahun. Tapi bagi kita yang baru sahaja kenal The Mother, menyukai The Mother, merasakan kematiannya adalah satu yang tak masuk akal. Kita merasakan yang The Mother hanyalah alat untuk Ted mendapatkan anak yang tak mungkin dia dapat bersama Robin.
Dan bayangkan, kisah finale ini sangatlah melankolik yang mendukakan hati peminat. Satu season kita dihidangkan dengan minggu wedding Barney dan Robin hingga kita yakin yang mereka adalah meant for each other, tapi hanya dengan satu episod dirungkaikan mereka bercerai. Ditambah lagi dengan kisah Robin yang renggang dengan geng. Semuanya sangat sedih. Finale ini ibarat 9 lagi seasons yang sepatutnya keudara pada masa akan datang.
Aku sendiri pun beberapa hari jugak sedih dengan finale sebegini. Tambahan lagi bila credit keluar di akhir finale dengan menunjukkan muka-muka karakter pada musim pertama. Memang siri tv ini sangat terkesan.
Apa pun, kini siri tv ni dah berakhir, dah tak ade apa nak disedihkan lagi. Lepas ni ada pula siri tv berjudul How I Met Your Dad. Dan ya, aku memang nak tengok siri tv baru ni.