Showing posts with label brooklyn nine-nine. Show all posts
Showing posts with label brooklyn nine-nine. Show all posts

Karakter TV Manakah Aku Nak Jadi? - Top 5 Karakter Siri TV Lelaki

Sunday, April 6, 2014

Hari tu, wife tanya aku, kalau aku diberi peluang untuk bawak satu watak dalam siri tv, watak macam mana yang aku nak jadi. Aku pun terpikir jugak, apa maksud dia watak yang macam mana? Aku ingatkan untuk pilih watak yang dah sedia ada di siri-siri tv sekarang. So memang tak terpikir jugak lah.

Sebelum tu wife aku pernah buat entri pasal karakter perempuan dalam siri tv feveretnya. Aku pun ada jugak karakter-karakter feveret untuk siri tv. So lepas dah beberapa hari, baru lah aku bagi jawapan kat wife aku. Kalau boleh aku teringin nak jadi macam Chandler Bing, karakter Friends.

Aku pilih Chandler sebab watak dia sangat cool, kelakar, easy going, dan paling penting, tak annoying. Aku memang suka layan Friends dan HIMYM. Tapi kalau perasan, setiap karakter dalam siri tv ni mesti ada sisi annoying diorang. Tapi tak sangat untuk Chandler. Tu sebab aku kalau diberi peluang untuk bawak watak dalam siri tv, aku teringin nak watak yang ade punchline kelakar, sempoi dan diminati penonton.

Sebenarnya bukan Chandler saja karakter yang aku suka dalam siri tv. Ni antara top 5 karakter lelaki siri tv yang aku suka, dah tentu nombor satu adalah Chandler.

#1. Chandler Bing - Friends


#2. Marshall Eriksen - How I Met Your Mother


#3. Tyrion Lannister - Game of Thrones


#4. Walter White - Breaking Bad


#5. Jake Peralta - Brooklyn Nine-Nine

Lima Siri TV Komedi Kegemaran!

Tuesday, March 11, 2014

Ok, kali ni OtakMovie nak pos pasal siri tv pulak. Kalau ikutkan OtakMovie memang suka follow siri tv komedi dari Hollywood. Banyak sebenarnya siri TV komedi kat sana, tapi tak semua pun yang berjaya. Itu belum cerita pasal siri TV yang biasa. Kalau bab komedi, kita mesti teringat balik siri TV komedi Friends, The Nanny, Seinfeld, Fresh Prince of Bel Air, dan banyak lagi. Tapi kat dalam entri kali ni OtakMovie akan senaraikan lima siri TV komedi kegemaran OtakMovie yang sering didownload setiap minggu. Yelah, nak tunggu broadcast kat negara kita ni memang lama, kena download lah jawabnya kan...huhu.


#5. Two and a Half Men
Dah season 11 dah pun siri TV ni. Yup, OtakMovie memang rindu dekat Charlie Sheen, tapi nampaknya Ashton Kutcher takkan mensia-siakan siri ini. Tambahan pula dengan ketiadaan Angus T Jones sebagai Jake Harper, tetapi nasib baik kehadiran Amber Tamblyn sebagai anak Charlie, Jenny, telah memberi nafas baru pada siri TV ini. Dan jangan lupa, siri komedi ini takkan terus hidup tanpa Jon Cryer sebagai Alan Harper yang kelakar!

#4. Modern Family
Dengan banyak anugerah dimenangi dari Emmy Awards dan Golden Globe, tak boleh nak sangkal lagi Modern Family adalah siri komedi yang tidak boleh kita lupakan. Telah memasuk musim ke lima sekarang, belum ada lagi tanda-tanda yang siri komedi ini semakin malap, malahan semakin garang membuat kita ketawa.

#3. Brooklyn Nine-Nine
Walaupun masih baru, tetapi dengan bukti kemampuan siri komedi ini meraih anugerah siri tv komedi terbaik Golden Globe pada tahun ini telah menyentak banyak produser siri komedi yang telah lama bertapak. Memang OtakMovie sendiri pun boleh ketawa berdekah-dekah melihat gelagat polis di presin 99 Brooklyn dengan jenaka mereka yang segar. Bertambah pula dengan kewibaan Adam Samberg yang semakin membina nama setelah memenangi anugerah pelakon komedi terbaik juga di Golden Globe Awards tahun ini.

#2. The Big Bang Theory
Siapalah tak kenal dengan Sheldon Cooper. Dengan pelakonnya Jim Parsons yang merupakan pemilik anugerah pelakon komedi terbaik Emmy Awards, ditambah pula dengan Johnny Galecki sebagai Leonard Hostadter dan Kaley Cuoco sebagai Penny, ternyata The Big Bang Theory tidak mudah dilupakan di hati peminat. Dan siri komedi ini telah membuktikan bahawa menjadi seorang nerd, tidaklah seteruk yang dijangkakan.

#1. How I Met Your Mother
Ya, inilah siri komedi favorite OtakMovie, dan siri komedi ini lah yang menjadi pencetus OtakMovie untuk mengenali lebih dalam tentang siri komedi yang lain. Lagi 3 minggu sahaja untuk episod finale siri TV ini. Masih banyak lagi misteri yang perlu dirungkai walaupun kita semua sudah tahu siapa The Mother yang menjadi penantian selama 8 tahun. Kalau betul lah selepas ini ada siri TV How I Met Your Dad, harap ianya sebagus siri komedi ini.


sumber : OtakMovie
 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan