Assalamualaikum semua. Nampaknya tak habis lagi aku nak story pasal smartphone Lenovo ni. Dalam post kali ni aku nak ceritakan kegunaan seharian aku dengan smartphone ni. Sebenarnya ikutkan semua kegunaan ni boleh didapati pada mana-mana smartphone yang menggunakan Android OS. Cuma aku guna Lenovo S920 ni cuma nak bagitau, mahal atau murah mana phone korang, kalau korang tak gunakan sebaik mungkin function yang ada pada Android ni pun tak guna jugak. Baik pakai 3310 je kalau nak guna smartphone semata-mata nak buat call dengan main mesej.
Ok lah, aku tau memang ramai yang dah tau function-function yang ada pada smartphone Android. Secara basicnya diorang ni beli smartphone sama ada sebab nak ada Whatsapp, main game, ada Facebook / Instagram dan ada kamera selfie. Tapi ramai yang tak tau smartphone Android ni boleh buat lebih dari itu. Aku ni takdelah kira advance sangat nak tau semua benda pasal android. Tapi secara basicnya, aku gunakan apa yang aku perlu sahaja. Di bawah ni aku sediakan screenshot2 dari smartphone Lenovo S920 aku.
Ini bukan launcher sebenar dari Lenovo. Ini adalah Nova Launcher yang aku download dari Google Play. Aku suka launcher ni sebab ada macam-macam function terutama sekali Gestures function dimana korang boleh set setiap gesture untuk korang bukak apps2 tertentu. Tapi untuk function2 ni kena beli Nova Prime, aku tak beli pun, aku download kat uTorrent je. Haha.
Untuk icons pulak korang boleh download sendiri kat Google Play, banyak icon packs yang cantik-cantik korang boleh guna dan tak rasa boring lagi dengan phone korang ni. Wallpaper pulak biasanya aku cari kat Zedge. Dan benda paling penting kena ada kat home screen ni adalah Google search bar. Search bar ni bukan setakat untuk korang google je, tapi kalau korang nak cari contacts dalam phone korang pun boleh.
Setting Menu untuk Nova Prime Launcher |
2nd Page - Widget Google Keep dan Google Now |
3rd Page - Widget Waktu Solat, Google Drive, Google Play Music dan Gallery Album |
4th Page - Widget Google Calendar dan Youtube |
Application Drawer |
Screenshot kat bawah ni pulak adalah notification bar untuk smartphone aku ni. Kalau korang perasa ada dua favorite notification aku iaitu Clean Master dan Battery Status. Untuk battery status tu memang dari phone Lenovo ni sendiri dari application Smart Energy. So agak convenience jugaklah sebab kita boleh tahu peratusan bateri kita yang tinggal.
Untuk Clean Master pulak, ianya adalah antara application kegemaran aku yang boleh meningkatkan prestasi smartphone aku ni. Setiap kali kalau phone ni macam nak lag atau banyak application makan bateri, apps ni akan bagitau. Cara penggunaannya pun senang dengan UI yang clean nak sedap mata memandang.
Selain dari Clean Master, apps adiknya pula, CM Security merupakan antivirus yang aku guna. Application ni pun sama macam Clean Master, senang untuk digunakan dan sangat efficient. Kalau korang jenis yang suka mendownload entah hape benda kat handphone korang, elok lah gunakan antivirus ni, sebab percuma. Kalau nak elok sikit beli lah yang kena bayar punya kat Google Play tu.
Satu lagi application yang amat penting untuk pengguna android adalah apps yang dari Google sendiri. Boleh dikatakan hampir kesemua apps dari Google aku guna. Memang sangat-sangat convenience.
Google Calendar adalah antara apps dari Google yang paling kerap aku gunakan. Yelah, bagi orang yang dah berkahwin dan dah bekerja, semestinya jadual hidup yang organize amat-amat diperlukan. Dan takkanlah kita nak bawak kehulu kehilir kalendar dalam poket. Kalau yang dah ada Google akaun tu lagi senang, boleh sync calendar dari mobile ke pc.
So senang untuk korang set reminder, set date dan set event kalau korang dalam keadaan tergesa-gesa. Dan sambil-sambil korang layan internet, boleh kemaskini calendar kat web browser. Lagi satu, jangan lupa download calendar Malaysia's Holiday, jadi korang tahu bila tarikh-tarikh cuti dan apa yang boleh korang plan pada masa akan datang.
Google+ adalah antara alternatif lain kalau korang rasa macam bosan dengan Facebook atau Instagram. Kalau malas nak layan kat pc, smartphone pun boleh. Malah boleh update bila-bila masa.
Untuk Google Drive ni mula-mula aku tak berapa guna sangat. Tapi disebabkan aku ni ade dua PC, satu kat ofis dan satu kat rumah, kekadang tu rasa malas nak copy paste file dari satu pc ke satu pc. So nak cara senang, gunalah Google Drive. Ianya macam pendrive jugak, korang letak lah ape file yang korang nak, dan korang boleh download file-file ni kat mana-mana browser asal korang ada akaun Google.
Aku kekadang kalau macam nak tengok gambar handphone kat PC, aku upload kat Google Drive ni, lepas tu tengok lah kat website Google Drive pakai akaun aku. Cuma satu peringatan, jangan auto upload phone korang kat Google Drive ni. Kalau nak upload, upload secara manual. Aku tak berapa nak percaya sangat simpan barang-barang peribadi kat dalam server internet. Sekarang ni orang nak hack bukan sembarangan dah. Haha.
Kita ni sekarang memang makin lama makin pelupa. Kalau nak catit note tu kekadang susah jugak sebab nak mencari kertas dan pen. Tapi nasib baiklah ada Google Keep, senang aku nak tulis note ke, nak set reminder ke. Dan UI nya pun boleh tahan cantik dan berwarna-warni pulak tu. Kalau nak pergi pasar tu senang je barang-barang nak beli dah siap tulis.
Google Now ni pula adalah antara apps yang berguna kalau korang nak stay connected dengan info-info yang korang suka. Apps ni akan mengesan item search korang kat Google search engine, dan akan update info-info tentang items yang selalu korang search. Contohnya kalau korang dah sign in akaun Google kat PC, so korang pun selalulah dok search pasal Siti Nurhaliza, jadi Google Now pula akan keluarkan cards news paling terkini tentang Siti Nurhaliza.
Cara-cara nak open app Google Now ni adalah dengan menekan butang home screen lama-lama.
Korang pun boleh set location-location yang korang nak update pasal weather kat Google Now ni. |
Kalau korang suka travel ke negara-negara orang, app Google Transalte mobile version ni memang sangat berguna. App ni bukan setakat translate apa yang korang taip, tapi korang juga boleh guna voice recognition dan image recognition. Aku jarang guna app ni, tapi bila time emergency tu penting lah jugak.
Antara widget paling popular kat android adalah widget Clock. Haha. Tapi memang betul pun kan. Aku ni pulak kalau nak cari widget clock mestilah nak yang cantik dan berguna. So aku pilih lah application Timely dan menggunakan widget dari app ni sebagai Clock kat lock screen phone aku.
Ada tiga option disitu, sama ada Clock, Alarm Clock, atau Stopwatch/Timer |
Timely Stopwatch |
So nampak tak, simple je nak guna smartphone Android ni, dan korang tak payah susah-susah nak beli handphone mahal-mahal untuk guna semua application ni. Pakai Lenovo yang murah ni pun boleh. Kekadang barang yang murah tu akan nampak mahal kalau korang tau macam mana nak menggunanya. Beli handphone mahal-mahal tapi setakat buat main game dengan nak selfie je baik tak payah kan. Tapi kalau mampu apa salahnya...hehe.
Salam nak tanya. Mcm mana nak jadikan home button mcm samsung. Sbb lenovo dia pelik mcm2 cuba tp tak dpt. Btw saya pkai s850.
ReplyDeleteHello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
ReplyDeleteAdakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut
{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita