bila dapat tahu isteri mengandung...

Saturday, April 13, 2013

Rasanya macam semalam aku baru dilahirkan. Baru start sekolah, baru lepas grad, baru je dapat kerja. Sekarang ni nak jadi bapak orang dah pulak. Aku tak nafikan aku ni memang muda lagi, tapi dalam Islam dah jelas asal dah baligh dan sudah mampu berdiri atas kaki sendiri, memang dah boleh diwujudkan tanggungjawab kita sebagai seorang bapa.

Cerita tentang pengalaman aku dapat tahu aku akan menjadi bapak, bermula sebaik sahaja aku lepas berkahwin. Resam orang muda berkahwin di zaman moden mestilah ada kehendak nak enjoy dulu baru fikir nak buat anak. Planning itu ini konon nak tunggu sampai 2 3 tahun baru rasa sedia nak timang baby. Aku pun macam tu jugak dengan isteri aku. Kami sedar tahap kemampuan kami dari segi kewangan. Tak lah susah mana dan tak sesenanng mana, Alhamdulillah rezeki yang Tuhan bagi sangat cukup. Hajat untuk enjoy berdua dirumah cuma bertahan 3 4 bulan je. Lepas tu baru kami sedar anak itu rezeki Tuhan. Bukan nak kata family planning tu tak elok, cuma bila dah kahwin, setiap orang pasti terasang kekurangan isi rumah dengan tawa tangisan kanak-kanak.

Aku muda lagi, buat apa aku nak peduli pasal budak-budak sedangkan aku pun dah cukup keanak-anakkan. Tapi itu lah hikmah berkahwin yang mematangkan diri kita untuk berfikir. Tiba-tiba sahaja perasaan nak jadi bapak tu timbul. Bestnye lah kan muda-muda dah jadi bapak, boleh geng dengan anak sendiri. Kalau isteri taknak tengok Naruto sesame boleh ajak anak. Isteri pula dah berapa kali geram tengok kat baby-baby orang lain. Bukan dia je, dengan aku sekali geram tak tahan nak ada anak. Jadi aku fikir banyak kali, mampukah aku untuk menanggung nafkah seorang lagi tanggungan selain isteri aku. Jadi aku sedar, itu bukan sekadar tanggungan aku, tapi juga zuriat aku yang menjadi amanah diri aku untuk memimpinnya menjadi khalifah di muka bumi ini. Jika Allah mengkehendakkan kami untuk mendapatkan zuriat, maka Allah akan memudahkan jalan kami...

"Kita stop plannning lah!!!" ujar aku tak sabar kepada isteri. Dia happy sangat. Ye lah, peluang kami untuk dapat anak dah terbuka. Tapi aku hanya dengan perasaan optimis. Aku sedar tak semua orang mampu untuk mendapat zuriat. Aku sentiasa berfikir positif dan akan sentiasa pasifis dengan apa jua keputusan. Ada juga orang kata lepas dah planning, memang susah sikit nak dapat anak. Jadi aku dah bersedia sama ada dapat atau tidak. Bila orang tanya aku dah ready ke belum, aku just cakap aku memang tak ready, tapi aku redha.

Selang sebulan lepas tu, isteri aku dah tunjuk sedikit tanda-tanda ibu mengandung. Tapi yang bengangnye tu pulak, bila pergi buat checkup, ada juga doktor-doktor yang sarkastik mengatakan tak mungkin isteri aku tu mengandung sebab kami baru je berhenti dari planning. So kononnya harapan nak dapat anak secepat itu memang tak ada. Takpe, aku cakap kat isteri aku jangan buat kerja berat-berat sangat. Sebab kuat di hati aku mengatakan dia mengandung. Dia pula dah sedikit bersikap negatif. Aku faham, siapa yang tak kecewa kalau doktor tu cakap macam tu. Aku suruh isteri aku beli pregnant tester je dulu untuk melihat hasil.

Akhirnya pada suatu pagi, aku yang sedang tidur nyenyak dikejutkan isteri aku. Dia dengan wajah ceria dan penuh cahaya menerangi seluruh bilik aku yang agak kelam itu mengucapkan kata-kata yang membuatkan aku sangat gembira. Isteri aku mengandung. Aku tak dapat nak bayangkan perasaan aku waktu tu. Dicampur pula dengan rasa mengantuk yang tak terbendung. Lalu aku senyum, cium dia, peluk dia, bersyukur kepada Tuhan, lepas tu aku sambung tidur, dengan senyuman yang tak lekang. Sebab aku memang dah tahu, dan aku dah sedia akan setiap keputusan. Sama ada mengandung atau tidak. Sebab tu aku tak terkejut sangat bila isteri aku bagi tau dia dah mengandung. Tapi memang aku sangat happy.

Tak lama lagi aku akan jadi seorang bapa. Ikutkan dari saat isteri aku mengandung lagi aku dah mula menjadi bapa. Setiap perlakuan aku akan mendatangkan efek kepada isteri dan anak aku itu. Dan InsyaAllah, aku akan cuba...Alhamdulillah.
 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan