Kenapa beli smartphone brand Lenovo lagi bagus?

Monday, February 10, 2014

Nexus 5, Iphone 5S, LG G2 dam Xperia Z1

Haha...aku dah beli handphone baru. Takdelah baru sangat, dah sebulan aku pakai handphone ni, cuma baru sekarang aku nk pos entri. Dah tu apa yang bagus sangat dengan handphone baru aku ni sampai aku nak ngepos entri bagai...handphone sebelum-sebelum ni takde lak nak bercerita.

Sebabnya aku nak cerita, handphone yang aku beli ni, memang aku tak tersangka nak beli. Aku beli handphone brand Lenovo S920. Kenapa beli handphone Lenovo, kenapa tak beli Note 3 ke, Xperia Z1 ke...

Lenovo S920 - bukan idaman semua orang, tapi kehebatannya sukar dipertikai...

Ikutkan sebelum aku nak beli phone, aku dah plan siap-siap...dah beberapa bulan aku dah usha phone ikut bajet aku kat laman web macam Phonearena dan Mobile88. Aku bajet RM1500...cari punya cari, aku berkenan gila kat phone Nexus 5. Aku memang dah nekad nak beli phone android, phone sebelum ni OS Windows phone 8. So nak kembali ke android lah kirenye.

Sampai ke hari aku nak beli, aku cari kat Plaza Alam Sentral, tempat ni memang lubuk aku cari phone. Tapi cari punya cari Nexus 5, tak jumpa-jumpa. Apehal semua orang nak jual Samsung, aku pulak memang dah muak dengan Samsung. Dah tu, semua orang duk pakai brand tu. Paling tak pun aku leh amik Sony atau HTC. Tapi HTC takde yang AP...semua mahal-mahal. Aku nak Nexus 5!

Dah time tu pulak taukeh-taukeh kedai duk promote phone Lenovo. Aku memang tau skang phone Lenovo tengah mengganas. Tapi aku risau sikit nak beli, yelah, benda murah, saiz sampai 6 inci. Betul ke ni.
Sampai aku kat satu kedai, dah nekad nak amik Note 2 yang kena dengan bajet aku ngam-ngam ho! Sekali tengah duk belek-belek, taukeh tu pun offer Lenovo S920. Dia kata specs phone ni sama je dengan Note 2, cuka mungkin kurang sikit dari segi kamera dan RAM. Tapi harganya memang murah gile, dalam rm8ratus lebih je. Aku dah berbelah bagi lak. Kalau aku beli Lenovo, bukan setakat cukup bajet, malah boleh jimat lagi!

Aku belek duk belek, ok, kasi angkat satu! Dan so far dah sebulan aku pakai, memang puas hati, walaupun tak seperti aku harapkan, tetapi berbaloi dengan harganya! Cuma kelemahan phone ni adalah internal memorynya yang rendah, cuma 4GB saja. Tapi aku tak kisah sangat pun, phone ni dah siap root, setiap kali aku download apps, aku transfer ke SD Card. Tapi ada gak apps yang tak leh transfer. Tapi ok lagi sebab rumah pakai wifi, so aku limitkan apps dalam phone aku. Kalau nak pakai baru aku install. Hehe.

Antara game feveret! Dah takde kat Google Play Store dah...

Dengan size skrik 5.3 inci, phone yang aku pakai ni RAM 1GB, kamera 8MP, kamera depan 2MP, OS Android 4.2 jellybean. Dan walaupun pakai UI Lenovo Launcher, aku dah download UI android Kit Kat. Phone aku yang cikai ni pun boleh nampak macam Nexus 5, bajet lagi. 


UI phone aku sekarang...ciplak Kit Kat guna apps Mini Themes!

Dan ya, aku tau banyak features pada Nexus 5 yang takde pada phone aku ni, tapi aku pikirkan balik harganya, berbaloi kottt...asalkan aku boleh main instagram, facebook, update blog, pakai google+, organize guna google calendar, layan youtube, dan main game FIFA2014 secara HD, aku dah puas hati. Cayalah Lenovo, dah ada cadangan nak belikan wife aku sebiji. Hahaha...


Game ni memang berhantu beb...

Kebenaran Belum Terungkai, Misteri Terowong Terus Menjadi Tanda Tanya... (Insiden Larkin - JDT vs T-Team Piala FA 2014)

Thursday, February 6, 2014


Selepas bermesyuarat dan minum-minum teh tarik (ni aku tambah), akhirnya pada tanggal 6 Februari 2013, FAMB FAM akhirnya memutuskan untuk memberi kemenangan kepada pasukan JDT 3-0 dengan 1 gol dari T-Team dihadiahkan sebagai tanda hukuman kepada T-Team. Manakala T-Team tidak didenda apa-apa dan JDT diberi amaran keras oleh FAM. Selepas keputusan itu diumumkan, pelbagai reaksi timbul dari semua pihak, dan ternyata pihak peminat dan staff T-Team menyatakan perasaan tidak puas hati, manakala pihak JDT pula menarik nafas lega.

Okay, sekalipun keputusan telah diberi, tapi tak bermakna insiden yang berlaku dalam terowong telah selesai. Ramai juga yang keliru sebab bila dapat keputusan JDT menang, maksudnya T-Team yang salah. Tidak! Dalam hal ini ada dua kes, iaitu tentang insiden tumbuk kena ke tak kena ke dalam terowong di Stadium Larkin dan satu lagi kes tentang status perlawanan antara JDT dan T-Team. Ramai yang dah tahu perlawanan tergendala ketika babak kedua hendak bersambung, tetapi pasukan T-Team telah menarik diri tanpa sebarang penjelasan kepada pegawai FAM yang berada di tempat kejadian.


Meeting yang berlangsung tersebut adalah bagi membincangkan tentang status perlawanan, sama ada sambung masa kedua pada tarikh lain ke, ulang balik perlawanan ke. Dan keputusan diberikan tidak langsung mempengaruhi kes tumbuk-menumbuk dalam terowong. Ini bermakna pasukan JDT masih boleh disabitkan kesalahan, juga pasukan T-Team. FAM dah beri penjelasan bahawa kes itu akan diuruskan PDRM (yang polis tu, bukan team bola PDRM) dan mesyuarat akan diadakan dalam masa seminggu untuk membincangkan kes tersebut.

Bagi aku, keputusan yang diberikan adalah adil kerana pasukan T-Team tak boleh sewenang-wenangnya memutuskan untuk tidak bertanding pada separuh masa kedua tanpa memberitahu pegawai FAM. Ramai yang fikirkan keputusan ini tidak adil, tapi kalau difikirkan, sekalipun JDT yang bersalah ketika insiden tersebut, pihak T-Team boleh membuat aduan atau berbincang dengan pihak FAM tentang isu keselamatan. Irfan Ghani, pemain T-Team sendiri membuat kenyataan bahawa team mereka masih boleh meneruskan perlawanan, tetapi penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar mengarahkan pasukan untuk pulang kerana berfikir sekalipun T-Team menang, belum tentu boleh pulang dengan selamat.


Takkan tak ada aspek keselamatan langsung di stadium Larkin sampai fans JDT boleh menggugat keselamatan pihak T-Team? Apa pun, seelok-eloknya T-Team kena lah bersikap profesional dengan berbincang dahulu sebelum memutuskan untuk berhentikan perlawanan. Tindakan mereka tu sekaligus menghampakan penonton yang tak sabar nak menyaksikan babak kedua. Pasukan-pasukan bola sepak yang lain kena ingat, penonton lah yang menghidupkan arena bola sepak tanah air. Kalau stadium takde orang, ada semangat ke nak jaring gol? Dan jujur aku kata, sebagai salah seorang yang berada di stadium ketika perlawanan, aku dapat rasa T-Team ada peluang untuk menang kalau perlawanan diteruskan...

Salam 3-0 dari saya. Senyum lebor...

Restoran Mamak Paling Best Di Shah Alam!

Tuesday, February 4, 2014


Sekarang ni restoran mamak atau kedai mamak dah jadi pop culture kat Malaysia. Kat kedai mamak lah ramai student-student melepak study, para bisnesman membincangkan hal-hal tender, kaki bola tengok EPL atau liga super, couple-couple dating sambil layan lagu hindustan, dan ada jugak pak lebai dan pak imam singgah lepas habis solat Isyak. Sampaikan kalau kita nak ajak member pergi kedai mamak, kita cuma cakap "Jom mamak!", dah boleh faham sangat. Melepak kat kedai mamak lah tu jawabnya.

Aku sendiri pun tak terkecuali dari menjadi peminat tegar kedai mamak. Kalau satu minggu tu tak pekena mamak memang boleh menggigil. Kena pulak aku memang suka masakan jenis Indian cuisine. Tapi kedai mamak ni kita kena tengok jugak, kalau-kalau takde logo halal ke, makanan tak sedap ke. Sebab bukan semua kedai mamak ni bagus. Ada tu sampai pekerja diorang pun biadap, asyik nak bagi layanan kelas pertama kat awek cun je, kita laki-laki ni dia buat tak taw.

Satu lagi pasal kedai mamak ni pulak, kita dah tahu apa jenis juadah yang akan terhidang kat sini. Menu paling penting dah tentulah nasi kandar. Dan biasanya ada kedai mamak yang bukan setakat jual masakan mamak, tapi dah advance siap ada masakan melayu, western dan Thai. Setakat aku duduk kat Shah Alam ni, banyak jugak kedai mamak aku dah pernah try, tapi aku tau tak semua. Ada banyak lagi kedai mamak kat Shah Alam ni, tapi aku nak cerita pasal keda-kedai mamak yang aku pernah try pergi makan. Antara kedai mamak yang aku pernah cuba macam Restoran Mashyur (TTDI Jaya), Restoran Hakim (Seksyen 7), Restoran Ayza (Padang Jawa), Restoran Shahz (TTDI Jaya), Restoran Makbul (TTDI Jaya), Rahmat Bistro (Puncak Alam), Restoran Kamal (Seksyen 7), Restoran Khalifah (Seksyen 7), Restoran Barra (Seksyen 7) dan Restoran Stadium (USJ 16). Ikutkan ada je lagi kedai mamak yang aku ada try cuma sebelum tu, aku bagitau dulu kategori-kategori makanan yang perlu win dalam kedai mamak.

AYAM GORENG MAMAK


Benda ni memang wajib ada kat semua kedai mamak. Kalau takde, jangan sesekali digelarkan kedai mamak. Kalau nak rasa ayam goreng mamak paling best kat Shah Alam, mesti ramai yang suggest kat Restroran Hakim, atau ramai panggil Hakim Fried Chicken (HFC). Tapi ikutkan banyak lagi ayam goreng best kat Shah Alam ni. Keenakkan ayam goreng ni kekadang sampai memang setanding dengan KFC dan Ayam Goreng McD. Satu kekuatan ayam goreng mamak ni bila kita makan sekali dengan nasi kandar atau nasi lemak. Biasanya kalau ayam dah sedap, yang lain pun boleh jadi sedap. Jadi kalau ada yang berhajat nak buka kedai mamak, kena master buat ayam goreng mamak yang betul-betul kaw!

HFC ni lagi sedap dari KFC! Hahaha

Restoran paling win : Restoran Hakim (Seksyen 7) & Restoran Mashyur (TTDI Jaya).

Restoran palin loser : Restoran Shahz (TTDI Jaya) & Restoran Makbul (TTDI Jaya)

NASI KANDAR

Ni lah standar station nasi kandar, sama ada layan diri atau ada mamak sorang tolong ambikkan...

Dah ramai dah mencari benda ni sekarang, kekadang sampai beratur panjang orang dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau waktu lunch hour. Nasi kandar ni orang kata asalnya dari Penang, tapi aku tak tau lah asal sebenarnya, apa yang aku tau, sedap! Kalau tak sedap takkan lah orang nak cari ye. Standard dalam nasi kandar mestilah ada lauk-lauk macam kari daging, kari ikan, ikan goreng, sayur goreng, sayur campur, ayam goreng dan paling masyuk kalau ada kari kepala ikan bak hang! Memang terbaik!

Restoran paling win : Restoran Hakim (Seksyen 7) & Restoran Mashyur (TTDI Jaya).

Restoran paling loser : -Tiada-

ROTI NAN & AYAM TANDOORI

Komponen yang kena ada bila makan roti nan : Roti nan + Ayam Tandoori + Kuah Dal + Kuah Kelapa + Limau Nipis + Bawang Merah

Mula-mula aku ingat nak letak roti nan dengan ayam tandoori ni dalam lain-lain kategori, sebab ada tempat yang rotinya sedap, tapi ayam tak seberapa, ada pulak sebaliknya. Tapi aku fikir balik, apa yang penting adalah kombinasi dua-dua komponen ni. Aku belum pernah lagi lah makan roti nan takde ayam tandoori. Untuk roti nan, biasanya ikut standard piawaian, sesuatu roti nan itu perlu lah lembut, gebu dan sedap serta cukup rasanya, cewah! Manakala ayam tandoori pula perlu ada rasa rempah tandoori yang pedas lazat serta isi yang juicy dan tidak kering. Amboih! Dan kalau makan roti nan, paling-paling aku mesti order nan cheese atau nan garlic, nan biasa pun sedap jugak. Cuma aku tak suka kalau kedai mamak buat roti nan macam biskut, dah la keras, tak sedap pulak! Kuah untuk roti nan palling aku suka adalah kuah kelapa yang masam-masam manis. Memang sedap gila!

Restoran paling win : Restoran Ayza (Padang Jawa) & Restoran Shahz (TTDI Jaya)

Restoran paling loser : Restoran Mashyur (TTDI Jaya), Restoran Makbul (TTDI Jaya) & Restoran Ombak (Seksyen 7) walaupun bukan kedai mamak tapi aku paling menyesal makan roti nan kat sini, dah lah ayam tandoori dia hidang hangus, FAIL!

MEE GORENG MAMAK / MAGGIE GORENG MAMAK


Aku biasanya jarang order mee goreng mamak kosong macam tu je, paling tak pun kena mintak letak ayam goreng mamak sekali, baru ada umph!! Ikutkan benda ni paling simple, tapi paling susah sebenarnya nak cari yang betul-betul sedap. Ada tempat tu sampai rasa kicap terlebih, ada masin terlebih, nak cari yang betul-betul balance rasa tu memang susah lah. Selain dari mee goreng, maggie goreng sekarang pun dah berhantu. Kalau jenis orang nak makan yang simple-simple, ni lah makanannya, tapi kena cari yang betul-betul sedap baru kenyang dan puas.

Restoran paling win : Restoran Ayza (Padang Jawa)

Restoran paling loser : Restoran Mashyur (TTDI Jaya)

NASI LEMAK AYAM GORENG


Aku ni memang, apa benda pun kat kedai mamak kalau nak makan mesti kena ada ayam. Tapi nasi lemak ni kita tanya sesiapa pun, kalau tak ada ayam goreng memang tak sempurna. Aku ikutkan paling suka nasi lemak kat Restoran Mashyur, sampaikan isteri aku tu kalau boleh nak makan nasi lemak Mashyur je. Memang dapat rasa keikhlasan orang yang buat nasi lemak tu. Kat Restoran Hakim pun sedap jugak, cuma nasi lemak dia simple sangat, tapi mungkin sebab ayam dia dah sedap, tu yang ramai juga orang mencari.

Restoran paling win : Restoran Mashyur (TTDI Jaya)

Restoran paling loser : -Tiada-

Ini pulak adalah review ringkas aku tentang kedai mamak pilihan yang aku pernah pergi :

Restoran Mashyur (TTDI Jaya)
So far aku memang selalu pergi makan kat sini sekarang, sebab dekat kat rumah. Makanan paling best kat sini adalah nasi lemak ayamnya! Memang superb, ketagih wo!

Restoran Hakim (Seksyen 7)
Restoran ni memang paling feymes kat Shah Alam, paling best kat tempat ni adalah nasi kandar dengan ayam goreng dia. Kalau malam-malam ada bola memang syok lepak sebab ada skrin besar!

Restoran Ayza (Padang Jawa)
Aku dengan member dulu selalu lepak kat sini, tapi sekarang dah jarang sebab jauh dari rumah. Kalau korang datang sini, mesti try roti nan dengan ayam tandoori dia. Memang dia punya hidang tu macam makan mewah!

Restoran Shahz (TTDI Jaya)
Disebabkan aku nak pekena roti nan Ayza dah jauh, jadi Restoran Shahz adalah pilihan kedua...roti nan dengan ayam tandoori kat sini pun best dan sangat sedap. Kalau sekali makan tu memang satu hari kenyang!

Restoran Makbul (TTDI Jaya)
Restoran ni nampak macam mewah dan sedap, tapi bagi aku biasa-biasa je. Takde apa yang special sangat pun kat tempat ni, mungkin kelainannya adalah menu yang memukau macam Nasi Goreng Ayam Tandoori.

Rahmat Bistro (Puncak Alam)
Ada jugak beberapa kali aku makan kat sini. Sini memang tempat lepak student-student kalau baru balik study. So far makanan dia memang agak memuaskan.

Restoran Kamal (Seksyen 7)
Satu aku tak berapa suka kedai ni adalah servisnya, kekadang tu ada la sesetengah pelayan yang biadap. Tapi makannya boleh tahan sedap. Terutama sekali roti nan!

Restoran Khalifah (Seksyen 7)
Makanan kat kedai ni biasa-biasa je, Takde apa yang special sangat.

Restoran Barra (Seksyen 7)
Kedai ni memang dah macam pusat komuniti. Ramai je orang, padahal aku tengok makanan biasa-biasa je. Ok, makanan yang dihidang memang sedap dan banyak, tapi apa yang aku perasan, kalau aku makan kat sini mesti tak habis, mudah muak. Dan servisnya pula memang sangat teruk, kalau korang tak panggil sendiri pelayan memang diorang takkan layan lah!

Restoran Stadium (USJ 16)
Budak ofis aku yang ade recommend makan kat sini. Not bad, mee goreng dan roti nan tandoori memang sedap. Boleh dijadikan tempat melepak lepas balik kerja...

Ok, itu saja lah serba sedikit aku nak cerita pasal kedai-kedai mamak yang aku pernah try kat Shah Alam, mungkin ada kedai tu aku selalu pergi sebab dekat je dengan rumah. Tapi kadang-kadang tu ada jugak rasa takut nak makan kedai mamak lain sebab takut tak sedap. Nanti mungkin akan datang aku akan update entri ni dengan menambah gambar-gambar kedai mamak yang aku sebut tadi.

Oh, sebelum terlupa, kalau korang pergi kedai mamak, biasanya benda ni yang paling korang akan cari. Benda ni juga lah antara punca utama kenapa kedai mamak boleh feymes sampai semua nak lepak kat situ walaupun McD depan rumah.


Ni diaaaa!!! Kalau takde benda ni, memang kena bakor kedai mamak tu aku rasa. Tapi peringatan untuk korang jugak, sebelum order tu tanya dulu gelas kecik ke gelas besar, kang tak pepasal dapat teh tarik gelas kecik, terputus nafsu korang, macam member aku pernah kena...Tapi tak kisah lah kecik ke besar, janji lagi murah dari air coke kat McD!

Ni haa teh tarik gelas kecik, buih je banyak, tapi sekali hirup dah habis!

Terputus Di Separuh Masa. (JDT vs T-Team Pusingan Kedua Piala FA)

Monday, February 3, 2014


Entri ni bukanlah nak menyalahkan mana-mana pihak tentang match antara JDT dan T-Team untuk pusingan kedua Piala FA hari Sabtu lepas. Tapi sekadar nak luahkan perasaan je, malah takde niat nak bagi pendapat pun. Siapalah aku ni, bukannya peminat fanatik pasukan JDT yang sanggup pergi ke semua game-game mereka secara live.

Hari Jumaat lepas aku baru bertolak nak balik ke kampung halaman, JB dari Shah Alam. Aku pun tak tau ada game JDT kat Larkin hari Sabtu, itu pun member yang tumpang aku bagi tau. So aku on je lah nak tengok match tu live, sebab aku memang tak pernah lagi tengok JDT main kat Larkin. Peluang sekali sekala je, sebab bukan selalu aku balik JB.

So excitednya korang faham je lah kan. Sebelum ni pun baru dua kali aku tengok match live JDT, first kat Stadium Shah Alam, second pulak final lawan Kelantan kat Stadium Bukit Jalil. Dan memang best pergi match live ni, antaranya memang lah sebab dapat tengok JDT main live, tapi satu lagi sebab utama adalah BOS. Boys of Straits dan fan-fan JDT lain memang sempoi gila. Kalau bab bersorak memang win! Aku yang bukan kaki bola ni pun terikut sama bersorak sakan dengan member and adik beradik lain.


Sebelum ni pula masa aku tengok match live JDT, belum pernah aku dapat rasa JDT menang. Jadi aku memang letak harapan tinggi JDT akan menang kaw-kaw punya lawan T-Team. Tapi lain pulak jadinya, takde sape menang, takde sape kalah. Eh, macam mana pulak tu!!!


Tengah dok syok aku tengok match live kat Larkin ni, dok bersorak bagai, siap dapat gak tengok dua biji JDT skor, betol-betol depan tempat aku duduk gawang gol lawan, sekali perkara tak dingini berlaku. Lepas tamat separuh masa pertama, penonton semua dah semangat nak tunggu separuh masa kedua. Player JDT dah masuk padang, tapi tunggu punya tunggu tak keluar-keluar jugak player T-Team. Sampai dekat setengah jam, lepas tu player JDT masuk balik padang. Kitorang semua dah blur, announcement apa pun tak bagi.

Ramai masa tu kata T-Team dah cabut lari, aku fikir biar betul. Gila tak profesional kalau macam tu je blah. Siap tak bagitau apa-apa pulak tu. Aku, member ngan adik-adik aku dah menyirap. Aku sampai dah terjerit-jerit mintak announce kalau ada apa-apa. Satu jam tunggu barulah diorang announce perlawanan separuh masa kedua tertangguh. ADOYAIII!! Ada saja benda nak jadi bila aku nak tengok match live JDT. Bukan senang nak tengok Aimar dengan Amri Yahya depan mata.


Sebelum tu pun ramai gak penonton dah panjat stadium tengok bas T-Team dah pergi. Kitorang semua memang tak tau apa yang jadi, sebab tak ada penjelasan yang kukuh. Bayang kan jelah perasaan aku yang dari jauh merantau balik kampung, dapat pulak peluang tengok match live JDT kat Larkin, tapi sudahnya pulang dengan hampa. Kalau pulang kalah tu aku takpe lagi, ni tak, macam bergantung tak bertali.

Ramai buat spekulasi tentang insiden pergaduhan dalam terowong menuju bilik persalinan. Bagi aku memang aku tak tau mana satu yang betul. Tapi aku tau sistem pengadilan memang sangat teruk. Dari dalam padang lagi aku dah nampak ketegangan antara JDT, T-Team dan referee. So sebelum tu memang dah terfikir tak mustahil ada apa-apa akan terjadi. Bertambah pula dengan provokasi dari fans JDT. Tapi bagi aku provokasi fans JDT bukanlah apa sangat pun, sekadar nak psiko je. Standard lah fans bola sepak menyanyi-nyanyi psiko team, referee...takkan benda camtu nak takut. Belum pernah lagi lah aku tengok fans JDT bertumbuk tampar dengan orang lain.


Sedangkan masa aku balik final Piala FA melawan Kelantan dulu pun, salah seorang fans TRW siap menegur bersalam dengan kitorang fans JDT, so siapa yang provok sebenarnya? Cybertroopers?FAM?Atau mereka yang memang suka melihat orang bergaduh?
 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan