Terputus Di Separuh Masa. (JDT vs T-Team Pusingan Kedua Piala FA)

Monday, February 3, 2014


Entri ni bukanlah nak menyalahkan mana-mana pihak tentang match antara JDT dan T-Team untuk pusingan kedua Piala FA hari Sabtu lepas. Tapi sekadar nak luahkan perasaan je, malah takde niat nak bagi pendapat pun. Siapalah aku ni, bukannya peminat fanatik pasukan JDT yang sanggup pergi ke semua game-game mereka secara live.

Hari Jumaat lepas aku baru bertolak nak balik ke kampung halaman, JB dari Shah Alam. Aku pun tak tau ada game JDT kat Larkin hari Sabtu, itu pun member yang tumpang aku bagi tau. So aku on je lah nak tengok match tu live, sebab aku memang tak pernah lagi tengok JDT main kat Larkin. Peluang sekali sekala je, sebab bukan selalu aku balik JB.

So excitednya korang faham je lah kan. Sebelum ni pun baru dua kali aku tengok match live JDT, first kat Stadium Shah Alam, second pulak final lawan Kelantan kat Stadium Bukit Jalil. Dan memang best pergi match live ni, antaranya memang lah sebab dapat tengok JDT main live, tapi satu lagi sebab utama adalah BOS. Boys of Straits dan fan-fan JDT lain memang sempoi gila. Kalau bab bersorak memang win! Aku yang bukan kaki bola ni pun terikut sama bersorak sakan dengan member and adik beradik lain.


Sebelum ni pula masa aku tengok match live JDT, belum pernah aku dapat rasa JDT menang. Jadi aku memang letak harapan tinggi JDT akan menang kaw-kaw punya lawan T-Team. Tapi lain pulak jadinya, takde sape menang, takde sape kalah. Eh, macam mana pulak tu!!!


Tengah dok syok aku tengok match live kat Larkin ni, dok bersorak bagai, siap dapat gak tengok dua biji JDT skor, betol-betol depan tempat aku duduk gawang gol lawan, sekali perkara tak dingini berlaku. Lepas tamat separuh masa pertama, penonton semua dah semangat nak tunggu separuh masa kedua. Player JDT dah masuk padang, tapi tunggu punya tunggu tak keluar-keluar jugak player T-Team. Sampai dekat setengah jam, lepas tu player JDT masuk balik padang. Kitorang semua dah blur, announcement apa pun tak bagi.

Ramai masa tu kata T-Team dah cabut lari, aku fikir biar betul. Gila tak profesional kalau macam tu je blah. Siap tak bagitau apa-apa pulak tu. Aku, member ngan adik-adik aku dah menyirap. Aku sampai dah terjerit-jerit mintak announce kalau ada apa-apa. Satu jam tunggu barulah diorang announce perlawanan separuh masa kedua tertangguh. ADOYAIII!! Ada saja benda nak jadi bila aku nak tengok match live JDT. Bukan senang nak tengok Aimar dengan Amri Yahya depan mata.


Sebelum tu pun ramai gak penonton dah panjat stadium tengok bas T-Team dah pergi. Kitorang semua memang tak tau apa yang jadi, sebab tak ada penjelasan yang kukuh. Bayang kan jelah perasaan aku yang dari jauh merantau balik kampung, dapat pulak peluang tengok match live JDT kat Larkin, tapi sudahnya pulang dengan hampa. Kalau pulang kalah tu aku takpe lagi, ni tak, macam bergantung tak bertali.

Ramai buat spekulasi tentang insiden pergaduhan dalam terowong menuju bilik persalinan. Bagi aku memang aku tak tau mana satu yang betul. Tapi aku tau sistem pengadilan memang sangat teruk. Dari dalam padang lagi aku dah nampak ketegangan antara JDT, T-Team dan referee. So sebelum tu memang dah terfikir tak mustahil ada apa-apa akan terjadi. Bertambah pula dengan provokasi dari fans JDT. Tapi bagi aku provokasi fans JDT bukanlah apa sangat pun, sekadar nak psiko je. Standard lah fans bola sepak menyanyi-nyanyi psiko team, referee...takkan benda camtu nak takut. Belum pernah lagi lah aku tengok fans JDT bertumbuk tampar dengan orang lain.


Sedangkan masa aku balik final Piala FA melawan Kelantan dulu pun, salah seorang fans TRW siap menegur bersalam dengan kitorang fans JDT, so siapa yang provok sebenarnya? Cybertroopers?FAM?Atau mereka yang memang suka melihat orang bergaduh?

No comments:

Post a Comment

 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan