JDT Juara Liga Super 2014!

Wednesday, June 25, 2014



Alhamdulillah.
Johor Darul Ta'zim FC juara Liga Super 2014.
Tahniah Tengku Mahkota Johor.
Tahniah Bojan Hodak.
Tahniah Cesar Jimenez.
Tahniah team JDT.
Tahniah B.O.S.

dan terima kasih.

FAKTA:


Kegunaan sebenar smartphone Android (Lenovo S920) - Average usage for awesome peoples!

Sunday, June 8, 2014

Assalamualaikum semua. Nampaknya tak habis lagi aku nak story pasal smartphone Lenovo ni. Dalam post kali ni aku nak ceritakan kegunaan seharian aku dengan smartphone ni. Sebenarnya ikutkan semua kegunaan ni boleh didapati pada mana-mana smartphone yang menggunakan Android OS. Cuma aku guna Lenovo S920 ni cuma nak bagitau, mahal atau murah mana phone korang, kalau korang tak gunakan sebaik mungkin function yang ada pada Android ni pun tak guna jugak. Baik pakai 3310 je kalau nak guna smartphone semata-mata nak buat call dengan main mesej.

Ok lah, aku tau memang ramai yang dah tau function-function yang ada pada smartphone Android. Secara basicnya diorang ni beli smartphone sama ada sebab nak ada Whatsapp, main game, ada Facebook / Instagram dan ada kamera selfie. Tapi ramai yang tak tau smartphone Android ni boleh buat lebih dari itu. Aku ni takdelah kira advance sangat nak tau semua benda pasal android. Tapi secara basicnya, aku gunakan apa yang aku perlu sahaja. Di bawah ni aku sediakan screenshot2 dari smartphone Lenovo S920 aku.


Ini bukan launcher sebenar dari Lenovo. Ini adalah Nova Launcher yang aku download dari Google Play. Aku suka launcher ni sebab ada macam-macam function terutama sekali Gestures function dimana korang boleh set setiap gesture untuk korang bukak apps2 tertentu. Tapi untuk function2 ni kena beli Nova Prime, aku tak beli pun, aku download kat uTorrent je. Haha.

Untuk icons pulak korang boleh download sendiri kat Google Play, banyak icon packs yang cantik-cantik korang boleh guna dan tak rasa boring lagi dengan phone korang ni. Wallpaper pulak biasanya aku cari kat Zedge. Dan benda paling penting kena ada kat home screen ni adalah Google search bar. Search bar ni bukan setakat untuk korang google je, tapi kalau korang nak cari contacts dalam phone korang pun boleh.

Setting Menu untuk Nova Prime Launcher

2nd Page - Widget Google Keep dan Google Now

3rd Page - Widget Waktu Solat, Google Drive, Google Play Music dan Gallery Album

4th Page - Widget Google Calendar dan Youtube

Application Drawer

Screenshot kat bawah ni pulak adalah notification bar untuk smartphone aku ni. Kalau korang perasa ada dua favorite notification aku iaitu Clean Master dan Battery Status. Untuk battery status tu memang dari phone Lenovo ni sendiri dari application Smart Energy. So agak convenience jugaklah sebab kita boleh tahu peratusan bateri kita yang tinggal.


Untuk Clean Master pulak, ianya adalah antara application kegemaran aku yang boleh meningkatkan prestasi smartphone aku ni. Setiap kali kalau phone ni macam nak lag atau banyak application makan bateri, apps ni akan bagitau. Cara penggunaannya pun senang dengan UI yang clean nak sedap mata memandang.



Selain dari Clean Master, apps adiknya pula, CM Security merupakan antivirus yang aku guna. Application ni pun sama macam Clean Master, senang untuk digunakan dan sangat efficient. Kalau korang jenis yang suka mendownload entah hape benda kat handphone korang, elok lah gunakan antivirus ni, sebab percuma. Kalau nak elok sikit beli lah yang kena bayar punya kat Google Play tu.



Satu lagi application yang amat penting untuk pengguna android adalah apps yang dari Google sendiri. Boleh dikatakan hampir kesemua apps dari Google aku guna. Memang sangat-sangat convenience. 



Google Calendar adalah antara apps dari Google yang paling kerap aku gunakan. Yelah, bagi orang yang dah berkahwin dan dah bekerja, semestinya jadual hidup yang organize amat-amat diperlukan. Dan takkanlah kita nak bawak kehulu kehilir kalendar dalam poket. Kalau yang dah ada Google akaun tu lagi senang, boleh sync calendar dari mobile ke pc.

So senang untuk korang set reminder, set date dan set event kalau korang dalam keadaan tergesa-gesa. Dan sambil-sambil korang layan internet, boleh kemaskini calendar kat web browser. Lagi satu, jangan lupa download calendar Malaysia's Holiday, jadi korang tahu bila tarikh-tarikh cuti dan apa yang boleh korang plan pada masa akan datang.






Google+ adalah antara alternatif lain kalau korang rasa macam bosan dengan Facebook atau Instagram. Kalau malas nak layan kat pc, smartphone pun boleh. Malah boleh update bila-bila masa.



Untuk Google Drive ni mula-mula aku tak berapa guna sangat. Tapi disebabkan aku ni ade dua PC, satu kat ofis dan satu kat rumah, kekadang tu rasa malas nak copy paste file dari satu pc ke satu pc. So nak cara senang, gunalah Google Drive. Ianya macam pendrive jugak, korang letak lah ape file yang korang nak, dan korang boleh download file-file ni kat mana-mana browser asal korang ada akaun Google.

Aku kekadang kalau macam nak tengok gambar handphone kat PC, aku upload kat Google Drive ni, lepas tu tengok lah kat website Google Drive pakai akaun aku. Cuma satu peringatan, jangan auto upload phone korang kat Google Drive ni. Kalau nak upload, upload secara manual. Aku tak berapa nak percaya sangat simpan barang-barang peribadi kat dalam server internet. Sekarang ni orang nak hack bukan sembarangan dah. Haha.



Kita ni sekarang memang makin lama makin pelupa. Kalau nak catit note tu kekadang susah jugak sebab nak mencari kertas dan pen. Tapi nasib baiklah ada Google Keep, senang aku nak tulis note ke, nak set reminder ke. Dan UI nya pun boleh tahan cantik dan berwarna-warni pulak tu. Kalau nak pergi pasar tu senang je barang-barang nak beli dah siap tulis.



Google Now ni pula adalah antara apps yang berguna kalau korang nak stay connected dengan info-info yang korang suka. Apps ni akan mengesan item search korang kat Google search engine, dan akan update info-info tentang items yang selalu korang search. Contohnya kalau korang dah sign in akaun Google kat PC, so korang pun selalulah dok search pasal Siti Nurhaliza, jadi Google Now pula akan keluarkan cards news paling terkini tentang Siti Nurhaliza.

Cara-cara nak open app Google Now ni adalah dengan menekan butang home screen lama-lama.


Selain tu Google Now juga akan update route yang selalu korang ambik sama ada nak balik rumah ke. nak ke tempat kerja ke, tempat shopping ke. Senang korang nak tau jalan trafik jam ke tak, tak payah nak dengar ERA lagi dah.

Korang pun boleh set location-location yang korang nak update pasal weather kat Google Now ni.

Kalau korang suka travel ke negara-negara orang, app Google Transalte mobile version ni memang sangat berguna. App ni bukan setakat translate apa yang korang taip, tapi korang juga boleh guna voice recognition dan image recognition. Aku jarang guna app ni, tapi bila time emergency tu penting lah jugak.



Antara widget paling popular kat android adalah widget Clock. Haha. Tapi memang betul pun kan. Aku ni pulak kalau nak cari widget clock mestilah nak yang cantik dan berguna. So aku pilih lah application Timely dan menggunakan widget dari app ni sebagai Clock kat lock screen phone aku.



Timely ni bukan setakat cantik jamnya, malahan korang boleh jadikan jugak sebagai alarm clock. Apa yang pentin, cara penggunaanya simple dan kreatif. Aku memang suka benda-benda simple dan kreatif ni.

Ada tiga option disitu, sama ada Clock, Alarm Clock, atau Stopwatch/Timer

Timely Stopwatch

So nampak tak, simple je nak guna smartphone Android ni, dan korang tak payah susah-susah nak beli handphone mahal-mahal untuk guna semua application ni. Pakai Lenovo yang murah ni pun boleh. Kekadang barang yang murah tu akan nampak mahal kalau korang tau macam mana nak menggunanya. Beli handphone mahal-mahal tapi setakat buat main game dengan nak selfie je baik tak payah kan. Tapi kalau mampu apa salahnya...hehe.

Mockingbird

Sunday, May 4, 2014

Saja nak having fun. Ni aku ambik dari blog wife aku. Tapi jawapannya ikut aku punya lah...hahaha..korang pun boleh try..

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Why don’t you get a job? (The Offspring) maksudnya jangan tanya, kang kene balik…haha

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
scream and shout (will.i.am feat Britney spears) bile pulak aku suke menjerit dan melalak? haha

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
young, wild and free (wiz khalifa feat snoop dogg) opps…sory my wife…hihihi..this is so you..haha

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Jeremy (pearl jam) ho???apa bende?

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
muara hati (siti nurhaliza feat hafiz) dah kenapa pulak tujuan aku nak bermuara hati…hahaha

WHAT'S YOUR MOTTO?
the rains of castamere (the national) takde kene mengene okay..hahaha

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
the real slim shady (Eminem) kawan2 aku ingat aku ni macam Eminem ke? hahaha

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
No diggity (blacksreet) haaaa?!!

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
bailamos (Enrique Iglesias) hahahaha…bengong ah

WHAT IS 2 + 2?
out of my head (fastball) okay..maksudnya korang fikir lah sendiri..hehe

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
baby one more time (Britney spears) ok ni betul, suke ajak member lepak lagi sekali…haha

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
I’m only happy when it rains (garbage) ohhhh..gitu rupenye…baru tau..haha

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
YOLO (the lonely island feat adam Levine) hahaha…sangat betul

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
matilah kau (once) HAHAHAHAHAHAHA, jahatnye aku ni…

WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
simple song (the shins) hahaha…maybe…

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
smells like teen spirit (nirvana) kanga da jugak yang buat funeral lagi skali kang…hahhaa

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
mmmbop (hanson) haaa..ape tu?


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
you give love a bad name (bon jovi) ecewaahhh…cam kene lak kan..hehe

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
just a friend (bizmarkie) haaa? Ape yang secret nya?

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
love the way you lie (Eminem feat rihanna) oh nooo…don’t lie haa…haha

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIEND?
sitting on the dock of the bay (Otis redding) hoh???

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
radioactive (imagine dragons) wow..ni memang betul ni..hahaha

HOW WILL YOU DIE?
my name is (Eminem) maksudnya aku pun tak tau…haha

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
larger than life (backstreet boy) ape nye yang nk diregret kan? hehehe

WHAT MAKES YOU LAUGH?
bennie and jets (Elton john) iye ke? Nampak sangat nipunye…

WHAT MAKES YOU CRY?
I wanna be sedated (the ramones) gilo apo? haha

WILL YOU EVER GET MARRIED?
gone til November (wyclef jean) aah memang betul pon, hilang sampai November, disember dah kawen…

WHAT SCARES YOU THE MOST?
rela (tila) ohh..aku tak rela…haha

DOES ANYONE LIKE YOU?
good times (chic) hehe..orang suke aku rupenye…

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
tiny dancer (Elton john) whaaatt??

WHAT HURTS RIGHT NOW?
I will always love you (whitney houstan) takdenye..i will always love u my wife…hehe

WHAT WILL YOU POST THIS AS?

Mockingbird (Eminem) hehehehehhe

Tiga bulan pakai smartphone Lenovo - bagus atau tidak?

Sunday, April 13, 2014

Hari tu entri pasal smartphone Lenovo aku meletup-letup pageviews, tapi time tu aku bagitau lepas aku baru beli phone tu. Sekarang dah tiga bulan aku pakai phone Lenovo S920, dan so far bagi aku, memuaskan. Korang pun tau kan berapa kali aku bagitau phone ni bagus sebab harga dia memang sangat murah. Sampai bila aku pakai pun ramai member-member yang tanya ok tak pakai. Sebab ye lah, sape tak takut, dah lah murah, brand China pulak tu, kang pakai sebulan dua tetiba meletup pulak kan.


Bagi aku performance smartphone Lenovo ni tak lah se-advance Samsung atau HTC, tapi sebagai satu smartphone yang ingin menonjol dalam zaman IT ni, aku boleh katakan Lenovo agak berjaya. Sebab kadang-kadang kita kena fikir jugak, ramai orang duk sibuk dengan Samsung, HTC, Sony yang harga dekat dua ribu ringgit, tapi pakainya tak lah semua function pun. Setakat buat call, main games, download applications dan camera. Dan bagi aku semua tu ada pada Lenovo.

Bulan lepas pun isteri aku beli smartphone Lenovo jugak brand A369i harga RM249 kat Lazada. Gila tak murah?! Tapi phone ni kategori bawahan, maksud aku takde kamera depan, skrin pun tak HD. Tapi performancenya tetap bagus. So far isteri aku main game kat handphone ni tak lag pun. Tu lah antara kelebihan Lenovo jugak.


Ok lah, untuk Lenovo S920 yang aku pakai, ni antara specsnya yang mengancam :


DISPLAYTypeIPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size720 x 1280 pixels, 5.3 inches (~277 ppi pixel density)
MultitouchYes
BODYDimensions154 x 77.7 x 7.9 mm (6.06 x 3.06 x 0.31 in)
Weight159 g (5.61 oz)

MEMORYCard slotmicroSD, up to 32 GB
Internal4 GB, 1 GB RAM
CAMERAPrimary8 MP, 3264 x 2448 pixels, autofocus, LED flash
FeaturesGeo-tagging, touch focus, face detection
VideoYes
SecondaryYes, 2 MP
FEATURESOSAndroid OS, v4.2.1 (Jelly Bean)
ChipsetMediatek MT6589
CPUQuad-core 1.2 GHz Cortex-A7
GPUPowerVR SGX544
SensorsAccelerometer, proximity, compass
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
BrowserHTML
RadioFM radio
GPSYes, with A-GPS support


BATTERY Li-Po 2250 mAh battery
Stand-byUp to 480 h (2G) / Up to 480 h (3G)
Talk timeUp to 25 h (2G) / Up to 12 h (3G)

atau boleh klik sini untuk specs penuh.

Dan kesimpulan dari aku, selama tiga bulan pakai smartphone Lenovo S920, aku amat puas hati. Main game gambar clear dan tak lag, tengok video pun gambar clear habis, sound pun boleh tahan meletupnya, ditambah pulak kalau kita custom made user interface, body pun menarik designnya, kameranya pun bagus, dan paling penting, murah. Haha.



May Movie Madness!!!

Wednesday, April 9, 2014

Wohoohooo...bulan May datang lagi! Kalau dah bulan may tu mesti ramai kaki-kaki movie taw, it is time for summer movie! 2014 tak ketinggalan jugak untuk mempamerkan movie-movie hebat belaka untuk musim panas. Standard kalau hollywood memang diorang suke letak movie-movie blockbuster untuk tayangan ketika musim panas ni. Tak tau lah sebab apa, mungkin time tu cuti penggal sekolah kat Amerika kot. Macam kat Malaysia ni ramai berebut tayangan filem waktu hari raya.

Jadi untuk summer movie bash 2014, aku masukkan dulu bulan may punya movie. Memang tahun ni banya movie yang best-best lah. Antaranya :






Hahaha, lu orang jangan perasan, aku nak tengok abang long fadil bukan sebab Zizan! Tapi sebab ada Shark, lu sudah balik ka Shark? Gua banyak rindu sama lu punya rambut mullet. Wakaka...

Salam bulan lima nanti. :)




 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan