Amanah Dari Tuhan

Monday, September 9, 2013

Masa tu doktor tengah scan kandungan dalam rahim isteri, walaupun isteri dan doktor kata raut zuriat aku muka macam aku, tapi aku masih nampak bayangan lembut wajah isteri ku. Ye lah, dah namanya pun zuriat kitorang berdua, mestilah turunnya dari kitorang jugak. Hati ni masih berdebar sebenarnya walaupun lepas dah scan 4d baby yang comel tu (macam abahnya)...mana tak berdebar, jantinanya doktor kasi suspen.

Beberapa kali jugak isteri aku tanya doktor, boy ke girl, boy ke girl?! Doktor pulak tak habis2 duk scan2 kandungan kata sabar, sabar, kejap lagi kita dapat tahu. Tapi doktor tu bagus, lemah lembut je gaya dia scan dan berborak dengan isteri aku tu. Jadi perasaan berdebar tu sedikit berkurangan.

Setelah baby aku bagi muka, lepas tu tutup muka guna tangan, paling last sekali doktor scan dia bagi kaki pulak letak kat muka, baru lah doktor cuba memfokuskan pada jantina anak aku.

"Puan nampak dekat sini ada satu garisan lurus, tiada tanda dua bentuk bulat, tahniah, baby girl..." macam tu lah lebih kurang seketul-seketul ayat keluar dari mulut doktor.

ALHAMDULILLAH! Syukur ke hadrat Illahi. Betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T.

Aku sendiri sampai sekarang masih tak percaya yang aku akan mempunyai zuriat aku sendiri. Bersama-sama dengan isteri kesayangan aku. Dua tiga minggu ni memang aku asyik risau dengan kandungan isteri aku tu. Lebih-lebih lagi selepas isteri pergi ke klinik kerajaan untuk check-up dan nurse kat situ boleh pulak salah timbang berat isteri aku. Dibebelnya hidup-hidup isteri aku kata tak cukup makan. Wal hal aku sendiri yang perhatikan selera isteri aku makin bertambah-tambah.

Tapi doktor hospital swasta tu pun cakap isteri aku memang maintain macam anak dara. Tapi yang menakjubkan, anak aku sihat. Cukup berat badannya!Masih terngiang kata-kata dari doktor itu mengatakan ini semua kuasa Tuhan. Bagaimana Tuhan itu maha kaya, semua bayi diciptakan dengan elok. Sekecil mana pun ibu, tak semestinya anak itu tidak sihat. ALLAH Maha Kaya kerana sekecil badan isteri aku tu pun mampu menampung berat 1kg baby kami.

Ah, anak aku seorang perempuan. ALHAMDULILLAH! Comel. Sangat comel. Aku bersyukur sangat-sangat.

Aku diberi peluang oleh ALLAH S.W.T. untuk menjaga amanah dari-Nya. In Shaa Allah aku akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa mithali. Sekarang ni aku dah ada dua tanggungan dalam family aku. Aku dah ada dua orang perempuan yang aku sayangi.

Isteri aku, dan anak perempuan aku yang bakal lahir.

Terima kasih.

Terima kasih kerana memenuhkan hatiku ini dengan cinta.

Juga kepada mak dan abah, kerana mereka telah menunaikan amanah ALLAH S.W.T. , sekarang giliran mereka membimbing amanah mereka untuk menyambung legasi keluarga Islam.

Terima kasih banyak-banyak.

ALHAMDULILLAH...
 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan