Restoran Mamak Paling Best Di Shah Alam!

Tuesday, February 4, 2014


Sekarang ni restoran mamak atau kedai mamak dah jadi pop culture kat Malaysia. Kat kedai mamak lah ramai student-student melepak study, para bisnesman membincangkan hal-hal tender, kaki bola tengok EPL atau liga super, couple-couple dating sambil layan lagu hindustan, dan ada jugak pak lebai dan pak imam singgah lepas habis solat Isyak. Sampaikan kalau kita nak ajak member pergi kedai mamak, kita cuma cakap "Jom mamak!", dah boleh faham sangat. Melepak kat kedai mamak lah tu jawabnya.

Aku sendiri pun tak terkecuali dari menjadi peminat tegar kedai mamak. Kalau satu minggu tu tak pekena mamak memang boleh menggigil. Kena pulak aku memang suka masakan jenis Indian cuisine. Tapi kedai mamak ni kita kena tengok jugak, kalau-kalau takde logo halal ke, makanan tak sedap ke. Sebab bukan semua kedai mamak ni bagus. Ada tu sampai pekerja diorang pun biadap, asyik nak bagi layanan kelas pertama kat awek cun je, kita laki-laki ni dia buat tak taw.

Satu lagi pasal kedai mamak ni pulak, kita dah tahu apa jenis juadah yang akan terhidang kat sini. Menu paling penting dah tentulah nasi kandar. Dan biasanya ada kedai mamak yang bukan setakat jual masakan mamak, tapi dah advance siap ada masakan melayu, western dan Thai. Setakat aku duduk kat Shah Alam ni, banyak jugak kedai mamak aku dah pernah try, tapi aku tau tak semua. Ada banyak lagi kedai mamak kat Shah Alam ni, tapi aku nak cerita pasal keda-kedai mamak yang aku pernah try pergi makan. Antara kedai mamak yang aku pernah cuba macam Restoran Mashyur (TTDI Jaya), Restoran Hakim (Seksyen 7), Restoran Ayza (Padang Jawa), Restoran Shahz (TTDI Jaya), Restoran Makbul (TTDI Jaya), Rahmat Bistro (Puncak Alam), Restoran Kamal (Seksyen 7), Restoran Khalifah (Seksyen 7), Restoran Barra (Seksyen 7) dan Restoran Stadium (USJ 16). Ikutkan ada je lagi kedai mamak yang aku ada try cuma sebelum tu, aku bagitau dulu kategori-kategori makanan yang perlu win dalam kedai mamak.

AYAM GORENG MAMAK


Benda ni memang wajib ada kat semua kedai mamak. Kalau takde, jangan sesekali digelarkan kedai mamak. Kalau nak rasa ayam goreng mamak paling best kat Shah Alam, mesti ramai yang suggest kat Restroran Hakim, atau ramai panggil Hakim Fried Chicken (HFC). Tapi ikutkan banyak lagi ayam goreng best kat Shah Alam ni. Keenakkan ayam goreng ni kekadang sampai memang setanding dengan KFC dan Ayam Goreng McD. Satu kekuatan ayam goreng mamak ni bila kita makan sekali dengan nasi kandar atau nasi lemak. Biasanya kalau ayam dah sedap, yang lain pun boleh jadi sedap. Jadi kalau ada yang berhajat nak buka kedai mamak, kena master buat ayam goreng mamak yang betul-betul kaw!

HFC ni lagi sedap dari KFC! Hahaha

Restoran paling win : Restoran Hakim (Seksyen 7) & Restoran Mashyur (TTDI Jaya).

Restoran palin loser : Restoran Shahz (TTDI Jaya) & Restoran Makbul (TTDI Jaya)

NASI KANDAR

Ni lah standar station nasi kandar, sama ada layan diri atau ada mamak sorang tolong ambikkan...

Dah ramai dah mencari benda ni sekarang, kekadang sampai beratur panjang orang dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau waktu lunch hour. Nasi kandar ni orang kata asalnya dari Penang, tapi aku tak tau lah asal sebenarnya, apa yang aku tau, sedap! Kalau tak sedap takkan lah orang nak cari ye. Standard dalam nasi kandar mestilah ada lauk-lauk macam kari daging, kari ikan, ikan goreng, sayur goreng, sayur campur, ayam goreng dan paling masyuk kalau ada kari kepala ikan bak hang! Memang terbaik!

Restoran paling win : Restoran Hakim (Seksyen 7) & Restoran Mashyur (TTDI Jaya).

Restoran paling loser : -Tiada-

ROTI NAN & AYAM TANDOORI

Komponen yang kena ada bila makan roti nan : Roti nan + Ayam Tandoori + Kuah Dal + Kuah Kelapa + Limau Nipis + Bawang Merah

Mula-mula aku ingat nak letak roti nan dengan ayam tandoori ni dalam lain-lain kategori, sebab ada tempat yang rotinya sedap, tapi ayam tak seberapa, ada pulak sebaliknya. Tapi aku fikir balik, apa yang penting adalah kombinasi dua-dua komponen ni. Aku belum pernah lagi lah makan roti nan takde ayam tandoori. Untuk roti nan, biasanya ikut standard piawaian, sesuatu roti nan itu perlu lah lembut, gebu dan sedap serta cukup rasanya, cewah! Manakala ayam tandoori pula perlu ada rasa rempah tandoori yang pedas lazat serta isi yang juicy dan tidak kering. Amboih! Dan kalau makan roti nan, paling-paling aku mesti order nan cheese atau nan garlic, nan biasa pun sedap jugak. Cuma aku tak suka kalau kedai mamak buat roti nan macam biskut, dah la keras, tak sedap pulak! Kuah untuk roti nan palling aku suka adalah kuah kelapa yang masam-masam manis. Memang sedap gila!

Restoran paling win : Restoran Ayza (Padang Jawa) & Restoran Shahz (TTDI Jaya)

Restoran paling loser : Restoran Mashyur (TTDI Jaya), Restoran Makbul (TTDI Jaya) & Restoran Ombak (Seksyen 7) walaupun bukan kedai mamak tapi aku paling menyesal makan roti nan kat sini, dah lah ayam tandoori dia hidang hangus, FAIL!

MEE GORENG MAMAK / MAGGIE GORENG MAMAK


Aku biasanya jarang order mee goreng mamak kosong macam tu je, paling tak pun kena mintak letak ayam goreng mamak sekali, baru ada umph!! Ikutkan benda ni paling simple, tapi paling susah sebenarnya nak cari yang betul-betul sedap. Ada tempat tu sampai rasa kicap terlebih, ada masin terlebih, nak cari yang betul-betul balance rasa tu memang susah lah. Selain dari mee goreng, maggie goreng sekarang pun dah berhantu. Kalau jenis orang nak makan yang simple-simple, ni lah makanannya, tapi kena cari yang betul-betul sedap baru kenyang dan puas.

Restoran paling win : Restoran Ayza (Padang Jawa)

Restoran paling loser : Restoran Mashyur (TTDI Jaya)

NASI LEMAK AYAM GORENG


Aku ni memang, apa benda pun kat kedai mamak kalau nak makan mesti kena ada ayam. Tapi nasi lemak ni kita tanya sesiapa pun, kalau tak ada ayam goreng memang tak sempurna. Aku ikutkan paling suka nasi lemak kat Restoran Mashyur, sampaikan isteri aku tu kalau boleh nak makan nasi lemak Mashyur je. Memang dapat rasa keikhlasan orang yang buat nasi lemak tu. Kat Restoran Hakim pun sedap jugak, cuma nasi lemak dia simple sangat, tapi mungkin sebab ayam dia dah sedap, tu yang ramai juga orang mencari.

Restoran paling win : Restoran Mashyur (TTDI Jaya)

Restoran paling loser : -Tiada-

Ini pulak adalah review ringkas aku tentang kedai mamak pilihan yang aku pernah pergi :

Restoran Mashyur (TTDI Jaya)
So far aku memang selalu pergi makan kat sini sekarang, sebab dekat kat rumah. Makanan paling best kat sini adalah nasi lemak ayamnya! Memang superb, ketagih wo!

Restoran Hakim (Seksyen 7)
Restoran ni memang paling feymes kat Shah Alam, paling best kat tempat ni adalah nasi kandar dengan ayam goreng dia. Kalau malam-malam ada bola memang syok lepak sebab ada skrin besar!

Restoran Ayza (Padang Jawa)
Aku dengan member dulu selalu lepak kat sini, tapi sekarang dah jarang sebab jauh dari rumah. Kalau korang datang sini, mesti try roti nan dengan ayam tandoori dia. Memang dia punya hidang tu macam makan mewah!

Restoran Shahz (TTDI Jaya)
Disebabkan aku nak pekena roti nan Ayza dah jauh, jadi Restoran Shahz adalah pilihan kedua...roti nan dengan ayam tandoori kat sini pun best dan sangat sedap. Kalau sekali makan tu memang satu hari kenyang!

Restoran Makbul (TTDI Jaya)
Restoran ni nampak macam mewah dan sedap, tapi bagi aku biasa-biasa je. Takde apa yang special sangat pun kat tempat ni, mungkin kelainannya adalah menu yang memukau macam Nasi Goreng Ayam Tandoori.

Rahmat Bistro (Puncak Alam)
Ada jugak beberapa kali aku makan kat sini. Sini memang tempat lepak student-student kalau baru balik study. So far makanan dia memang agak memuaskan.

Restoran Kamal (Seksyen 7)
Satu aku tak berapa suka kedai ni adalah servisnya, kekadang tu ada la sesetengah pelayan yang biadap. Tapi makannya boleh tahan sedap. Terutama sekali roti nan!

Restoran Khalifah (Seksyen 7)
Makanan kat kedai ni biasa-biasa je, Takde apa yang special sangat.

Restoran Barra (Seksyen 7)
Kedai ni memang dah macam pusat komuniti. Ramai je orang, padahal aku tengok makanan biasa-biasa je. Ok, makanan yang dihidang memang sedap dan banyak, tapi apa yang aku perasan, kalau aku makan kat sini mesti tak habis, mudah muak. Dan servisnya pula memang sangat teruk, kalau korang tak panggil sendiri pelayan memang diorang takkan layan lah!

Restoran Stadium (USJ 16)
Budak ofis aku yang ade recommend makan kat sini. Not bad, mee goreng dan roti nan tandoori memang sedap. Boleh dijadikan tempat melepak lepas balik kerja...

Ok, itu saja lah serba sedikit aku nak cerita pasal kedai-kedai mamak yang aku pernah try kat Shah Alam, mungkin ada kedai tu aku selalu pergi sebab dekat je dengan rumah. Tapi kadang-kadang tu ada jugak rasa takut nak makan kedai mamak lain sebab takut tak sedap. Nanti mungkin akan datang aku akan update entri ni dengan menambah gambar-gambar kedai mamak yang aku sebut tadi.

Oh, sebelum terlupa, kalau korang pergi kedai mamak, biasanya benda ni yang paling korang akan cari. Benda ni juga lah antara punca utama kenapa kedai mamak boleh feymes sampai semua nak lepak kat situ walaupun McD depan rumah.


Ni diaaaa!!! Kalau takde benda ni, memang kena bakor kedai mamak tu aku rasa. Tapi peringatan untuk korang jugak, sebelum order tu tanya dulu gelas kecik ke gelas besar, kang tak pepasal dapat teh tarik gelas kecik, terputus nafsu korang, macam member aku pernah kena...Tapi tak kisah lah kecik ke besar, janji lagi murah dari air coke kat McD!

Ni haa teh tarik gelas kecik, buih je banyak, tapi sekali hirup dah habis!

11 comments

  1. nasi lemak mashur!!! macam ganja siut!!!! terbaeeeek $-)

    ReplyDelete
  2. kena try ni.. maggi grg kt ayza tu mmg syiok

    ReplyDelete
  3. cer try murtabak kat rahmat bistro Alam Budiman.. rm6.50 sekeping.. berbaloi. yg penting sedap.. yum yum

    ReplyDelete
  4. Thanks your blog is awesome.
    Videocon offers one of the best prepaid service service in punjab.

    ReplyDelete
  5. restoran Hakim Seksyen 7 kena raid dah.....owner bukan Islam...gantung ayat2 Al-Quran untuk tipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana sumber nya...senang hati jer petik. Tak rase bersalah ke...fitnah tu....

      Delete
    2. Mana sumber nya...senang hati jer petik. Tak rase bersalah ke...fitnah tu....

      Delete
  6. Buat statement tanpa bukti kukuh yg sahih..jatuh fitnah kawan..

    ReplyDelete
  7. Buat statement tanpa bukti kukuh yg sahih..jatuh fitnah kawan..

    ReplyDelete

 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan