Kebenaran Belum Terungkai, Misteri Terowong Terus Menjadi Tanda Tanya... (Insiden Larkin - JDT vs T-Team Piala FA 2014)

Thursday, February 6, 2014


Selepas bermesyuarat dan minum-minum teh tarik (ni aku tambah), akhirnya pada tanggal 6 Februari 2013, FAMB FAM akhirnya memutuskan untuk memberi kemenangan kepada pasukan JDT 3-0 dengan 1 gol dari T-Team dihadiahkan sebagai tanda hukuman kepada T-Team. Manakala T-Team tidak didenda apa-apa dan JDT diberi amaran keras oleh FAM. Selepas keputusan itu diumumkan, pelbagai reaksi timbul dari semua pihak, dan ternyata pihak peminat dan staff T-Team menyatakan perasaan tidak puas hati, manakala pihak JDT pula menarik nafas lega.

Okay, sekalipun keputusan telah diberi, tapi tak bermakna insiden yang berlaku dalam terowong telah selesai. Ramai juga yang keliru sebab bila dapat keputusan JDT menang, maksudnya T-Team yang salah. Tidak! Dalam hal ini ada dua kes, iaitu tentang insiden tumbuk kena ke tak kena ke dalam terowong di Stadium Larkin dan satu lagi kes tentang status perlawanan antara JDT dan T-Team. Ramai yang dah tahu perlawanan tergendala ketika babak kedua hendak bersambung, tetapi pasukan T-Team telah menarik diri tanpa sebarang penjelasan kepada pegawai FAM yang berada di tempat kejadian.


Meeting yang berlangsung tersebut adalah bagi membincangkan tentang status perlawanan, sama ada sambung masa kedua pada tarikh lain ke, ulang balik perlawanan ke. Dan keputusan diberikan tidak langsung mempengaruhi kes tumbuk-menumbuk dalam terowong. Ini bermakna pasukan JDT masih boleh disabitkan kesalahan, juga pasukan T-Team. FAM dah beri penjelasan bahawa kes itu akan diuruskan PDRM (yang polis tu, bukan team bola PDRM) dan mesyuarat akan diadakan dalam masa seminggu untuk membincangkan kes tersebut.

Bagi aku, keputusan yang diberikan adalah adil kerana pasukan T-Team tak boleh sewenang-wenangnya memutuskan untuk tidak bertanding pada separuh masa kedua tanpa memberitahu pegawai FAM. Ramai yang fikirkan keputusan ini tidak adil, tapi kalau difikirkan, sekalipun JDT yang bersalah ketika insiden tersebut, pihak T-Team boleh membuat aduan atau berbincang dengan pihak FAM tentang isu keselamatan. Irfan Ghani, pemain T-Team sendiri membuat kenyataan bahawa team mereka masih boleh meneruskan perlawanan, tetapi penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar mengarahkan pasukan untuk pulang kerana berfikir sekalipun T-Team menang, belum tentu boleh pulang dengan selamat.


Takkan tak ada aspek keselamatan langsung di stadium Larkin sampai fans JDT boleh menggugat keselamatan pihak T-Team? Apa pun, seelok-eloknya T-Team kena lah bersikap profesional dengan berbincang dahulu sebelum memutuskan untuk berhentikan perlawanan. Tindakan mereka tu sekaligus menghampakan penonton yang tak sabar nak menyaksikan babak kedua. Pasukan-pasukan bola sepak yang lain kena ingat, penonton lah yang menghidupkan arena bola sepak tanah air. Kalau stadium takde orang, ada semangat ke nak jaring gol? Dan jujur aku kata, sebagai salah seorang yang berada di stadium ketika perlawanan, aku dapat rasa T-Team ada peluang untuk menang kalau perlawanan diteruskan...

Salam 3-0 dari saya. Senyum lebor...

1 comment

  1. kesimpulannya sp yg menumbuk dlm terowong?

    sudah la bro, kona2 punya kona isu utama x terjawab pun...

    ReplyDelete

 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan