How How I Met Your Mother Ends.

Tuesday, April 1, 2014


Semalam, berakhir lah kisah dongeng ciptaan sutradara Carter Bays dan Craig Thomas yang berjudul How I Met Your Mother setelah 9 tahun bersiaran. Memang tak dinafikan, ini adalah antara siri komedi favorit aku yang aku follow dari awal. Well, tak lah awal sangat, sebenarnya aku layan siri ni pun masa dah season 3, waktu tu aku tengok kat Star World. Sampai lah ke season 7, waktu tu aku dah kerja, so aku mula mendownload siri-siri yang aku terlepas.

Start dah pandai mendownload ni, takyah tunggu tv lagi dah. Siap je tayang kat U.S, terus je aku download. Sampai dengan wife aku pun melayan jugak cerita ni. Aku tak kisah lah sekarang ni orang nak kecoh pasal ending cerita ni tak best lah, itu lah, ini lah. Bagi aku cerita ni dah habis. Yup, dan aku sedih bab tu. Lepas ni takde lagi lah menunggu masa nak mendownload siri ni lagi.

Woops, spoiler alert, saja nak bagi tau apa yang karakter-karakter ni buat lepas tamat siri ini. Marshall akhirnya menjadi seorang Judge selepas tiga tahun pulang dari Itali, dia dan Lily dah ada tiga orang anak, mungkin lebih, Barney stop menjadi playboy selepas mendapat anak perempuan, Robin pula end up dengan Ted, tak tau lah sama ada diorang kahwin ke tak, dan the mother...

Lepas ni tak payah dah aku nak fikir pasal cerita ni, boleh fokus pada siri baru. Dan still recap episod-episod lama.


No comments:

Post a Comment

 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan