Review Movie - Suicide Squad

Friday, August 5, 2016


Assalamualaikum w.b.t.

..........

Tahun ni memang banyak betul movie yang bertemakan superhero, atau aku panggil comic book movie. Sebenarnya orang lagi suka panggi superhero movie sebab comic book movie ni lagi meluas. Ok lah, untuk tahun ni je ada enam superhero movie seperti Deadpool, Batman v Superman : Dawn of Justice, Captain America : Civil War, X-Men Apocalypse, Suicide Squad dan akan datang November ini, Doctor Strange. Untuk movie Suicide Squad, secara keseluruhannya masih belum boleh mengalahkan Civil War. Bagi aku movie Civil War akan memegang takhta selaku movie superhero terbaik tahun ni walaupun masih terlalu awal untuk dilabel sebegitu. Mungkin nanti hujung tahun lepas aku menonton Doctor Strange, aku akan buat satu post untuk menetapkan ranking pada movie2 superhero ini.

Kembali kepada movie Suicide Squad, bagi aku memang agak kecewa. Kerana selepas kegagalan BvS yang telah meletakkan expectation yang tinggi, aku mengharapkan SS mampu untuk mengembalikan kegemilangan movie dari DC Comics. Malangnya, aku memang tak expect langsung outcome untuk movie SS ini adalah teruk dari yang dijangka. Aku rasa movie dari DC Comics semacam menjadi satu trend, di mana dari segi marketing, mereka menang. Tetapi selepas movienya keluar, ianya tidak lah seperti yang dijangka. Berbeza pula dengan Marvel, aku nak ambil contoh BvS dan CW. Dari segi pemasaran, contohnya trailer dan poster, aku lebih memihak kepada BvS. Mungkin kerana cerita Batman nak lawan Superman memang sudah ditunggu dari azali lagi. Ditambah pula dengan trailer yang sangat gempak. Tetapi mungkin ini juga silapnya, dengan marketing yang sangat bagus, pihak DC dan Warner Bros telah meletakkan harapan yang tinggi kepada movie mereka. 

Berbeza pula dengan CW, di mana bukanlah marketingnya tidak bagus. Cuma trailernya agak kurang gempak dari BvS. Semacam tak berapa epik marketing dari Marvel. Tapi di situlah bagusnya Marvel. Jarang mereka meletakkan harapan yang tinggi melalui nilai marketing mereka, tetapi hasilnya sangat bagus. Sama seperti BvS, Suicide Squad tidak terlepas dari harapan tinggi peminat. Mereka terlalu mengharap supaya SS mampu menebus kekecewaan mereka selepas BvS dan Man of Steel. Tapi rasanya mereka kena tunggu untuk kepuasan itu sampai.

Secara simplenya aku ulaskan movie SS ni, awal2 pembukaan movie lagi dah rasa pelik. Editingnya agak berterabur. Pacing movie ini slow dan bercelaru. Dan plot2 untuk movie ini tak konsisten membuatkan jalan cerita yang begitu mudah, susah untuk difahami. Atau mungkin fokus aku sendiri yang terganggu dek kerana panggung wayang yang aku pergi ni pun buat hal. Boleh pula separuh jalan tiba2 skrin terpadam. Dah lah dengan movie macam ni, terus rasa hilang mood. Tapi aku rasa ramai jugak pengkritik yang bersetuju mengatakan movie ini tak lah hebat mana. Belum aku cerita dari segi watak lagi. Memang nampak sangat pembikin movie ini hanya mahu mengangkat Will Smith dan Margot Robbie sebagai Deadshot dan Harley Quinn. Even The Joker lakonan Jared Leto pun disia-siakan. Ada yang mengatakan Joker bukan watak utama dalam movie ni jadi tak perlu lah nak fokus pada dia. Bagi aku kalau dia tak penting, baik tak payah masukkan langsung watak ikonik ni dalam movie ni. Ada banyak cara lagi nak gunakan watak Joker sekalipun ianya bukan watak penting. Wataknya boleh jadi playmaker untuk movie ini tapi sayangnya disia-siakan.

Selain dari movie ini, aku terlebih dahulu kenal Suicide Squad melalui movie animasi Batman Assault on Arkham dan selepas itu adalah sedikit dari tv siri Arrow. Jalan cerita Suicide Squad dan The Joker dalam Batman Assault on Arkham lagi bagus dari movie SS ni. Batman dalam BAoA pun mempunyai peranan yang lebih penting. Aku perasan satu kelemahan yang perlu diperbaiki DC dan WB adalah skrip. Mereka sepatutnya fokus kepada satu movie kepada satu movie dan bukannya memikirkan macam mana nak buat story supaya movie2 mereka connect with each others yang sekaligus menghasilkan cinematic universe. Ini adalah satu gamble yang bahaya. Kau dah plan nak buat macam2 movie pada masa akan datang. Tapi macam mana kau nak sustain kualiti movie2 tersebut? So tahun depan akan ditayangkan movie Wonder Woman dan Justice League. Kalau dua2 movie ini pun sama nasibnya seperti BvS dan SS, lebih baik cakap babai sajalah kat movie The Flash dan Aquaman. Dan aku harap diorang tak mess up dengan movie The Batman lakonan Ben Affleck akan datang. Please don't mess with Batman kalau taknak tragedi Joel Schumacher berulang lagi.

2 setengah dari 5 bintang.
..........

No comments:

Post a Comment

 

Isteri Saya Distributor Shaklee

Bahan Bacaan